Permintaan Gaji Pokok Penyerang N41, RM11.63 Juta Sebulan Messi Membuatkan City Sesak Nafas

Manchester City diberitahu bahawa mereka boleh mendapatkan tandatangan bintang Barcelona, ​​Lionel Messi. Namun, walaupun sebagai percuma sudah tentu ianya tak ‘percuma’ sangat.

Awalnya nampak sedap bunyinya kerana Messi dilaporkan tidak akan meminta bayaran agensi ataupun bonus menurunkan tandatangan kontrak.

Namun  yang pastinya tak senang untuk dipertimbangkan, apabila pihak Messi dilaporkan meminta kontrak dengan jangka waktu hanya 12 bulan sahaka, dengan pilihan untuk diperpanjang selama satu tahun.

Selain itu, gaji yang diminta oleh La Pulga sangat besar. Messi itu dikatakan meminta gaji £500 ribu seminggu – gaji bersih selepas dipotong cukai. Bermakna Messi akan mendapat gaji pokok £2 juta sebulan bersamaan dengan RM11.63 juta.

Secara keseluruhan, kontrak Messi bernilai £25 juta setahun. Ini akan menjadikan Messi sebagai pemain dengan bayaran tertinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dan antara atlet dengan gaji tertinggi di dunia.

Ejen Messi merasakan permintaan itu sangat munasabah kerena Messi akan pergi percuma dan tidak akan meminta bayaran agensi.

Kontrak Lionel Messi di Barcelona akan berakhir pada akhir musim ini. Messi dilaporkan masih berminat untuk kekal, tetapi belum ada persetujuan rasmi yang dicapai.

Messi masih membuka pintu kepada opsyen yang lain.

Guardiola dianggap individu yang penting dalam menarik minat Messi ke EPL. Ini kerana kedua duanya sangat akrab walaupun sudah lama tidak bekerjasama.

Guardiola masih tidak memberikan sebarang komen tentang Messi ke City. Namun beberapa kali memuji Messi dan memberikan bayangan bahawa beliau mahu bekerjasama semula.

Tetapi laporan dari UK menyatakan faktor utama City masih gagal memuktamadkan perjanjian Messi kerana permintaan gaji yang terlalu tinggi.

City memiliki beberapa pemain yang bergaji tinggi selepas menerima kontrak baharu termasuk Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne.

Gaji Messi yang luar biasa

Messi menggemparkan dunia apabila dilaporkan menerima gaji yang sangat luar biasa di Barcelona.

El Mundo mendedahkan jumlah bayaran diterima Messi untuk kontrak yang ditandatangainya pada 2017 – berdurasi 4 tahun yang akan berakhir pada Jun ini.

Secara keseluruhan, Messi menerima €555,237,619 selama 4 tahun di Barcelona. Itu bersamaan dengan sekitar RM2.73 billion.

Setiap musim kapten legenda Barcelona, Lionel Messi menerima €138 juta daripada gaji tetap dan bonus lain.

Manakala €115 juta adalah bayaran yang diterima Messi sebaik sahaja beliau menurunkan tandatangan ke atas kertas kontraknya pada 2017 sebagai bonus pembaharuan kontrak.

Secara relevannya, Barcelona tidak perlu membeli pemain lain dan hanya perlu membayar €115 juta terus kepada Messi dan agensinya.

Messi sebelum ini mahu pergi meninggalkan Barcelona. Dan jika itu berlaku Barcelona boleh menjimatkan sekitar €78 juta untuk bonus kesetiaan.

Bonus ini hanya akan keluar jika Messi menghabiskan kontraknya di Barcelona. Ini bermakna pada Jun ini, Messi akan menerima bonus kesetiaan bernilai €77,929,955.

Jadi secara terkumpulnya, sehingga Jun ini Leo Messi akan menerima wang terkumpul sebanyak  €555,237,619. Angka itu akan kurang sedikit pada gaji beliau kerana Messi menerima pemotongan gaji. Namun di Barcelona pemotongan gaji hanya dapat dilaksanakan pada November. Berdasarkan gaji Messi yang sangat tinggi, rasa tak luak sangat pun kan?

Pendedahan ini menjadikan Lionel Messi sebagai pemain dengan kontrak paling tinggi dalam sejarah bola sepak.

Messi sememenangnya legenda Barcelona yang sangat berpengaruh. Di mana purata 70% daripada penjualan jersi Barca setiap musim adalah dicetak nama Messi.

Kedudukan kewangan Barcelona ketika ini sangat kritikal. Dan mereka tidak dapat membayar gaji Messi untuk Januari pada musim ini.

Barca malah diancam muflis dengan bebanan hutang kasar yang lebih €1.2 billion.

Koresponden sukan terkemuka Guillem Balague menepis dakwaan yang mengaitkan Messi sebagai punca kenapa Barcelona berisiko muflis. Sebaliknya berpendapat, ianya berlaku kerana pengurusan yang teruk.

Barcelona berbelanja sehingga tak ingat dunia dalam membeli pemain dalam beberapa musim kebelakangan ini. Dan beberapa nama besar itu gagal memberikan impak lebih baik di atas padang.

https://twitter.com/Barca__pictures/status/1355673322999046144

Messi sudah menjaringkan gol yang sangat banyak untuk Barcelona sejak menyertai mereka.


Ayuh mulakan sedikit kira kira:

4 tahun Messi dapat €555.2 juta

Setahun Messi dapat €138.8 juta

Sebulan Messi dapat €11.56 juta

Seminggu Messi dapat €2.89 juta

Sehari Messi dapat €412.9k

Sejam Messi dapat €17.2k

Seminit Messi dapat €287

Sesaat Messi dapat €4.78

Ataupun tukaran kepada Ringgit Malaysia

4 tahun Messi dapat RM2.73 billion

Setahun Messi dapat RM681 juta

Sebulan Messi dapat RM56.72 juta

Seminggu Messi dapat RM14.18 juta

Sehari Messi dapat RM2.02 juta

Sejam Messi dapat RM84k

Seminit Messi dapat RM1,408.20

Sesaat Messi dapat RM23.45

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.