Permulaan Terburuk Gattuso Dalam Sejarah Jurulatih Napoli Sejak Dzenek Zeman Pada Tahun 2000

Pada musim 2000/01, Dzenek Zeman dilantik menjadi jurulatih Napoli. Dzenek mencatat 4 kekalahan dalam 5 perlawanan awalnya dan bakinya 1 seri. Kemarau kemenangan itu dipanjangkan kepada 8 perlawanan dengan 3 seri dan 5 kalah.

4-4-2 kepada 4-3-3

Sebelum ini pengarah sukan Napoli, Cristiano Giuntuli memberitahu pembelian 2 pemain tengah pada pertengahan musim merupakan pelan menukar sistem dari 4-4-2 kepada 4-3-3.

Pemain tengah utama RB Liepzig, Diego Demme yang dibeli dengan harga €12 juta dan Staislav Lobotka €20 juta.

Napoli membawa masuk 2 pemain baru pada jendela pertengahan musim bagi melaksanakan sistem 3 pemain tengah. Diego Demme (gambar) dan Staislav Lobotska

Musim ini Napoli menggunakan sistem 2 penyerang di bawah Carlo Ancelotti. Napoli mara ke pusingan kalah mati Liga Juara Eropah selepas menang 3 kali dan seri 3 kali pada peringkat kumpulan.

Ketika Ancelotti dipecat, Napoli berada di tangga ke-7 -Seria A- dengan catatan 5 menang, 6 seri dan 4 kalah. 7 perlawanan terakhirnya berakhir dengan 5 seri dan 2 kali tewas tanpa sebarang kemenangan.

Gennaro Gattuso menggantikan Ancelotti.

Gattuso terus dengan pelan 4-3-3, tetapi selepas 5 perlawanan dibawah pimpinannya, kelab mencatat 4 kekalahan dengan hanya 1 kemenangan. Napoli tergelincir ke tangga ke-11 liga. Kekalahan semalam merupakan rekod kekalahan ke-3 berturut-turut.

 

Berkaitan 2 pemain baharu Giuntuli berkata,

“Mereka adalah pemain yang kami perlukan selepas mengubah sistem kepada 4-3-3. Sekarang kita perlu sabar, mereka datang ke Seria A dari liga yang berlainan.”

“Saya yakin mereka akan memberi sumbangan yang besar, cuma kita perlu menunjukkan kesabaran.”

Pada perlawanan semalam, Napoli ditunjukkan kekalahan yang ke-3 berturut-turut oleh Fiorentina. Fiorentina menang 2-0 hasil jaringan Federico Chiesa dan Dusan Vlahovic.

Rekod mengatakan, 1 kemenangan dari 12 perlawanan merupakan pencapaian terburuk Napoli sejak 2012.

Napoli terpaksa merombak senarai kesebelasan utama selepas Mario Rui digantung perlawanan sementara itu Kalidou Koulibaly dan Dries Mertens masih dalam senarai kecederaan.

Fiorentina mengandingan Chiesa dan Cutrone buat kali pertama selepas Cutrone kembali ke Itali, dipinjam dari Wolverhampton.

Hantaran old skool dari Gaetano Castrovilli di golden area mencari Marco Benassi berjaya disudahkan oleh Chiesa untuk gol pertama Napoli.

Vlahovic yang masuk menggantikan Cutrone menjaringkan gol ke-2 Fiorentina dengan percubaan lencong ala-ala Safawi Rashid.

Walaupun Napoli menguasai bola, tetapi pasukan ini tidak mempunyai hala tuju yang jelas dalam permainannya.

Gattuso meminta maaf

Gattuso meminta maaf kepada para penyokong diatas kekalahan yang memalukan di gelanggang sendiri itu. Beliau berkata akan mencari punca kepada apa yang sedang berlaku.

Gattuso kini menjadi jurulatih pertama Napoli yang kalah 4 kali dari 5 penampilan pertamanya, sejak Zdenek Zeman melakukannya pada tahun 2000.

Kemenangan tunggal beliau adalah ketika menewaskan Sassuolo 2-1 hasil jaringan sendiri pasukan lawan pada masa kecederaan. Fakta selepas ini adalah Napoli akan bertemu Lazio dan Juventus.

Napoli tidak pernah menang di gelanggang sendiri sejak 19 Oktober lepas, memecat Ancelotti setakat ini tidak menunjukan sebarang perubahan.

“Pertama sekali kita meminta maaf kepada para penyokong kerana prestasi yang memalukan ini.”

“Pada masa lalu kami mempunyai prestasi yang baik, disini selain dari 20 ke 25 minit pertama, banyak kerja yang perlu dilakukan.”

“Ia kelihatan seperti kita baru sahaja bertemu pagi ini, pakai jersi dan turun ke padang. Tidak tersusun, tidak bersatu, kita semua (seperti) berada di laut.”

“Ia pelik kerana pemain berlatih bersungguh-sungguh sepanjang minggu. Keluar pada hari perlawanan dan tidak melakukan apa-apa.”

“Saya tidak dapat menjelaskannya, kerana saya menjangkakan pasukan akan bermain baik malam ini dan saya kecewa.”

“Pasukan tiada jiwa.”

Gattuso menukar pendekatan 4-4-2 Ancelotti dengan membawa kembali 4-3-3, tetapi pasukan ini tidak menyerupai Sarriball.

“Kita perlu mengubah serangan kita, kerana ia mudah diramal (oleh pasukan lawan). Apabila Insigne dan Callejon cuba mencari kombinasi (dengan pemain) lain. Milik akan isolated.”

“Kami perlu lebih bersatu antara satu sama lain, mendengar apa kata pemain dan bekerja keras untuk keluar dari situasi ini”

Lawan seterusnya, Lazio dan Juventus

Napoli akan menunggu kehadiran Lazio bagi perlawanan suku akhir Coppa Italia. Seterusnya Juventus, perlawanan ke-20 Seria A.

Melihat kepada 2 perlawanan seterusnya, dengan rekod buruk 5 perlawanan awal Gattuso, ia tidak memberi kelegaan kepada jurulatih ini.

“Kita perlu melihat antara satu sama lain, dari mata ke mata, bersama dan cakap apa yang perlu dicakapkan.”

“Kita perlu mencari jalan penyelesaian kerana apa yang kita lakukan sekarang tidak cukup.”

Napoli berkemungkinan melakukan pencapaian terburuknya sejak sedekad, Gattuso juga berada dalam senarai jurulatih yang mempunyai permulaan terburuk Napoli

Gattuso terrkenal dengan keghairahan dan keazamannya, tetapi dengan memberi amaran ia tidak cukup.

“Tidak ada guna menepuk meja, saya perlu mendengar pemain dan mengetahui apa yang sedang berlaku. Kita perlu kembali menjadi 1 pasukan, kerana sekarang semua orang bermain secara individu. Kita perlu saling membantu antara satu sama lain.”

Cuma imaginasi

Sementara itu Presiden Napoli, Aurelio de Laurentiis dilaporkan berharap dapat memecat Gattuso dan memanggil kembali Ancelotti, yang kini bersama Everton.

Menurut La Gazzetta dello Sport, De Laurentiis begitu marah dengan perkembangan pasukan dan berharap dapat memanggil kembali Ancelotti.

Tetapi perkara ini tidak mungkin akan berlaku kerana Ancelotti sudah mendapat kerja di Everton.

Everton menang 3 kali dibawah Ancelotti dan tewas 2 kali ketika bertemu pasukan besar Liverpool dan Manchester City.

Musim Napoli boleh menjadi buruk sehingga minggu depan apabila perlu bertemu Lazio pada rabu ini dan Juventus pada Isnin depan.

Rekod Napoli di Seria Sejak 10 musim lepas.

  • 2010/11: ke-3
  • 2011/12: ke-5
  • 2012/13: ke-2
  • 2013/14: ke-3
  • 2014/15: ke-5
  • 2015/16: ke-2
  • 2016/17: ke-3
  • 2017/18: ke-2
  • 2018/19: ke-2
  • 2019/20: ke-11

Adakah Napoli juga akan menamatkan Seria A di kedudukan terburuk sejak sedekad lepas?

Baca yang lain