Pernah Celupar Perlekeh Manchester United Main UEL, Pengurus Ajax Dihantui Kata Kata Sendiri

Alfred Schreuder kini menjadi sasaran peminat Manchester United di media sosial.

Ini kerana mulut celuparnya yang sebelum ini memperlekehkan Manchester United sebagai pasukan yang hanya bermain di Liga Europa tidak seperti Ajax yang bermain di Liga Juara Juara Eropah.

Ajax diletakkan sekumpulan dengan Liverpool, Napoli dan juga Rangers.

Mereka memiliki keyakinan akan melepasi kumpulan ini. Namun sebaliknya yang berlaku.

Napoli pada ketika ini dalam prestasi terbaik dari kalangan kelab kelab di Eropah.

Liverpool walaupun prestasi di peringkat domestik agak terumbang ambing, namun pasukan itu sentiasa tahu cara mengasingkan prestasi domestik dengan eropah seperti sebelumnya.

Liverpool turun ke Ajax dengan misi hanya 1 mata sudah cukup untuk mereka mara.

Ajax bermula baik dalam perlawanan ini, menambahkan lagi keyakinan mereka untuk memberikan garam pada luka Liverpool yang baru je dikejutkan Nottingham Forest minggu lalu.

Namun Liverpool tampil luar biasa pada lewat separuh masa pertama dan menjaringkan 2 gol.

Pada separuh masa kedua, Harvey Elliot menambah 1 lagi gol untuk menyingkirkan Ajax.

Ajax kini terpaksa menelan hakikat bahawa mereka tidak cukup bagus untuk kekal lebih lama dalam saingan UCL.

Dan kini Alfred Schreuder merah padam mukanya apabila dia terpaksa bermain sama pentas dengan Manchester United di UEL.

Kenapa Schreuder ejek Man United?

Segalanya bermula apabila Erik Ten Hag mahukan Antony dari Ajax hanya beberapa minggu selepas mengesahkan pembelian Lisandro Martinez.

Man United pada awalnya mahukan Jurrien Timber sebagai sasaran utama mereka di barisan pertahanan. Namun Ajax tidak mahu melepaskan pemain itu.

Timber turut menyatakan bahawa dia mahu bermain di UCL berbanding bermain di UEL.

Man United kemudian pergi kepada Lisandro Martinez. Pemain antarabangsa Argentina itu terus meminta kelab menjualnya ke Manchester United.

Selepas  gagal mendpatkan beberapa penyerang, Ten Hag kembali ke Ajax untuk cuba memancing Antony.

Dan akhirnya Schreuder menggunakan sindirannya kepada Manchester United yang tidak bermain di Liga Juara Juara Eropah ketika ditanya tentang berita Antony mendesak mahu ke kelab itu.

Schreuder: Hanya orang gila yang sanggup tukarkan bola sepak UCL dengan UEL

Pengurus Ajax, Alfred Schreuder mengingatkan Manchester United mengenai status Liga Juara-Juara Eropah yang tidak ada pada mereka, ketika mereka meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan Antony.

Dia berkata begitu selepas wartawan menyatakan bahawa United akan kembali menghubungi  Ajax dengan tawaran yang lebih baik untuk pemain sayap Brazil itu. Perkara itu telah mengganggu persiapan era baharu Schreuder di Amsterdam.

Ajax menolak tawaran pembukaan €80 juta daripada United untuk Antony. Ini selepas Ajax kehilangan pengurus, penolong dan ramai pemain utama mereka daripada pasukan yang memenangi Eredivisie Belanda musim lalu pada awal musim panas.

Schreuder yakin Ajax akan menghormati pendiriannya untuk tidak menjual pemain itu.

Antony awalnya bukan dalam senarai keutamaan Ten Hag ketika dia mulai menyertai Man United. Namun selepas kegagalan mendapatkan penyerang baharu dan sasaran utama seperti De Jong, maka Ten Hag mulai menjadikan Antony sebagai sasaran utama.

Manchester United kemudian menaikkan tawaran itu kepada sekitar €90 juta, termasuk bonus tambah an. Dan Schreuder pastinya sudah bersedia dengan soalan daripada wartawan tentang masa depan pemain berusia 22 tahun itu semasa sidang akhbar undian Liga Juara-Juara Eropah.

Ditanya sama ada Antony boleh dikira ‘gila’, jika dia sanggup menggadaikan ataupun menukar bola sepak Liga Juara-Juara Ajax untuk bermain dalam Liga Europa bersama United, Schreuder menjawab: “[Ya] sama sekali.”

Tambahnya lagi, dia ‘yakin’ bahawa pemain sayap lincah itu akan kekal dalam skuadnya selepas tarikh akhir perpindahan 1 September.

United gagal layak ke Liga Juara-Juara musim ini selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keenam pada 2021/22. Mereka ketika itu hanya mengutip 58 mata.

Ajax pula ketika itu baru sahaja diundi berada dalam Kumpulan A. Gergasi Belanda itu akan berdepan pemenang enam kali Liga Juara-Juara, Liverpool, pasukan kuat dari Serie A Napoli dan finalis Liga Europa 2022, Rangers.

Semasa sidang akhbarnya selepas undian, Schreuder juga seolah-olah menghantar mesej tidak langsung berbaur rayuan, kepada lembaga Ajax mengenai pendiriannya mengenai masa depan Antony.

Dia mahu pengurusan tertinggi tidak melayan tawaran Manchester United ke atas Antony.

Ini ditambah dengan fakta bahawa dia sebelum ini kehilangan Sebastien Haller kepada Borussia Dortmund dan Lisandro Martinez kepada United, bermakna kelab itu tidak terdesak menjual pemain demi wang tunai lagi.

“€80 juta adalah wang yang banyak; €100 juta? juga wang yang banyak,” kata Schreuder.

“Tetapi saya menjelaskan bahawa kami sudah menjual ramai pemain, jadi tidak bagus jika kami menjual pemain lain. Antony tidak berlatih dengan kumpulan pemain lain, tetapi saya melihatnya setiap hari. Tiada apa yang berubah sejak Ahad lepas. Kami tidak mempunyai tarikh akhir [untuk perpindahan Antony].”

“Tetapi saya menjangkakan Antony akan kekal. Dia mempunyai kontrak di Ajax.”

Malang sekali Schreuder bukanlah pengurus yang benar benar berpengaruh untuk menghalang Ajax atau Antony daripada pergi ke kelab sebesar Manchester United.

Dan pemain itu akhirnya berlepas ke Ajax.

Beberapa bulan kemudian Schreuder dihantui oleh komen celupar dirinya sendiri. Dan peminat Man United menyatakan Ajax sebelum ini nampak bagus kerana Ten Hag.

Ada juga peminat mengingatkan Schreuder bahawa, Ajax layak ke UCL menerusi Eredivisie. Di mana mereka akan sentiasa berpeluang jauh lebih tinggi berbanding pasukan di EPL.

Baca yang lain