Baru perlawanan debut sebagai pengurus di Liga Turkiye, Arda Turan sudah menerima kad merah dan diarahkan keluar daripada kawasan teknikal.
Turan dilantik menjadi pengurus pasukan yang baru naik ke Liga Super Turkiye iaitu Eyupspor. Pasukan tersebut menentang Alanyaspor dalam aksi pembukaan Super Lig,
Turan yang tidak berpuas hati dengan pengadil telah menghamburkan kata kata kesat dan maki hamun sebagai bantahan.
Bantahan yang dianggap keterlaluan itu membuatkan pengadil tidak teragak agak melayangkan kad merah kepada Arda Turan pada minit ke-77. Pasukannya tetap berjaya menyelamatkan 1 mata berharga daripada perlawanan pertama ini.
Walaupun sudah diminta keluar dari kawasan teknikal, Turan tetap meroyan dan bertindak sangat marah.
Gol pembukaan oleh Samu Saiz untuk Eyupspor dan gol penyamaan lewat oleh Sergio Cordoba memastikan kedua dua pasukan berkongsi 1 mata.
Arda Turan memang terkenal dengan sifat panas barannya. Dia pernah membaling kasut kepada penjaga garisan satu ketika dahulu. Namun ketika itu dia terlepas daripada kad merah.
Dan kemudian di Turki, ketika bermain untuk Istanbul Basaksehir, dia telah menyerang penjaga secara fizikal selepa dia tidak berpuas hati tak diberika sepakan percuma. Dia dihukum dilarang bermain 16 perlawanan. Tetapi dikurangkan kepada 10 perlawanan selepas rayuan dia buat.
Dan kemudian Arda Turan pernah terlibat dalam pergaduhan kelab malam dengan kawannya sendiri sehingga mengeluarkan senjata api. Dia menumbuk Berkay Sahin sehingga patah hidung.
Artis, Berkay Sahin – rakan baiknya – tidak berpuas hati dengan turan, selepas Turan mengeluarkan kata kata tidak sepatutnya kepada isteri Sahin yang berbaur perlecehan dan kelucahan.
Insiden berlarutan sehingga ke hospital. Di mana Turan tidak berpuas hati kerana Berkay Sahin tidak mahu mendengar penjelasannya. Dan dia melepaskan tembakan ke bawah sebagai tanda kemarahan.
Insiden itu membuatkan ramai yang panik. Turan dikenakan tindakan berat, hukuman penjara 2 tahun pada 2019 kerana kesalahan, pemilikan senjata api secara haram, melepaskan tembakan yang menimbulkan panik kepada orang awam dan sengaja mencederakan orang lain.
Tuduhan dia cuba melecehkan isteri Sahin dengan komen tidak sepatutnya, bagaimanapun digugurkan oleh pendakwaan. Kerana ternyata berlaku salah faham pada ketika itu.
Namun oleh kerana itu kesalahan pertamanya dia dibenarkan menjalani hukuman penjara di rumah. Dia perlu berkelakuan baik selama 2 tahun. Dan jika dia melakukan kesalahan yang sama, dia akan terus dipenjara 3 tahun mandatori.
Sebenarnya pendakwaraya meminta hukuman penjara 3 tahun, tetapi hakim memutuskan untuk denda dan penjara 2 tahun. Memandangkan Arda Turan dipercayai benar benar menyesali perbuatannya.
Dalam kenyataannya di hadapan hakim dia menyatakan bahawa insiden pada 2018 itu telah banyak mengajarnya dan dia menjadikan dia manusia lebih baik. Sahin juga menyatakan bahawa dia lebih bijak mengawal kemarahan dan emosinya.
🚨🇹🇷 Arda Turan received a red card in his first match in Turkish Süper Lig as manager of Eyüpspor… ❌👋 pic.twitter.com/OLvS6yAcbV
— EuroFoot (@eurofootcom) August 11, 2024
Malangnya, hanya pada debut sebagai pengurus di Super Lig 2024, dia sudah panas baran balik. Dan kini dia berdepan penggantungan kerana kad merah itu.
Arda Turan merupakan pemain yang berkelas dunia ketika di Atletico. Namun dia telah mengkhianati kelab itu dengan mengadakan perbincangan di belakang pintu dengan Barcelona.
Setelah dia berpindah ke Barca, Atletico meminta La Liga menghukum pemain itu kerana dia didapati sudah berbincang dengan Barcelona tanpa pengetahuan kelab.
Atletico ketika itu cuba menjual Turan ke kelab lain dengan nilai lebih tinggi ke Chelsea – menurut The Guardian – tetapi pemain itu mendesak perpindahan ke Barca. Rupa rupanya dia sudah berjanji akan datang ke sana.
FIFA mengenakan penggantungan 6 bulan ke atas Turan, di mana dia hanya dibenarkan beraksi pada Januari 2016. Kerana Turan ada bayaran komisen tidak sepatutnya dalam perpindahan tersebut. Ketika itu adalah pemilihan presiden kelab di Barcelona, dan Arda Turan menjadi salah satu alat kempen calon yang bertanding. Perkara biasa di Sepanyol.