Pernah Digelar Badut Oleh Nistelrooy, Ferdinand Kongsi Kekuatan Mental Ronaldo Yang Luar Biasa

Ruud van Nistelrooy pernah memberitahu Cristiano Ronaldo bahawa dia patut berada ‘dalam sarkas’, menggambarkan pemain muda itu sebagai seorang badut, kerana melakukan terlalu banyak trik dalam latihan Manchester United.

Ronaldo tiba di Old Trafford pada tahun 2003 dan langsung memberikan impak di dalam latihan dengan kaki laju dan bakat yang luar biasa. Pada mulanya Ronaldo dan Nistelrooy dijangka akan menjadi gandingan yang sangat menggerunkan.

MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 27: Ruud van Nistelrooy and Cristiano Ronaldo of Manchester United celebrates scoring the third goal during the UEFA Champions League match between Manchester United and Benfica at Old Trafford on September 27 2005 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images) *** Local Caption *** Ruud van Nistelrooy;Cristiano Ronaldo

Malang sekali ia  tidak berlaku. Ronaldo dilihat sebagai pemain muda yang sangat menarik dan berpotensi. Semua pemain senior dalam kem United sendiri melihat sesuatu yang istimewa padanya.

Tetapi seorang bintang yang tidak yakin dengan Ronaldo adalah van Nistelrooy. Nistelrooy tak gemar dengan cara permainan Ronaldo yang lebih tamak seperti penyerang berbanding dengan pemain sayap lain yang memberikan hantaran kepadanya. Misalnya David Beckham.

Nistelrooy suruh CR7 kerja di sarkas

Bekas rakan sepasukan mereka berdua, Rio Ferdinand menyatakan kepada BT Sport : “Ia tidak menjadi untuk beberapa ketika tetapi dia [Ronaldo] sangat mahir dan dia berada di sana untuk menghiburkan orang ramai. Dia suka melakukan skil.”

“Dia biasa dibents dalam latihan tetapi saya ingat satu ketika, saya rasa ia adalah peluang yang terbaik, tetapi dia tidak melakukannya dengan baik.”

“Ruud [Van Nistelrooy] bintang utama di United ketika itu. Dia adalah pemain yang menjaringkan semua gol.”

“[Dalam satu sesi latihan] Ronaldo memiliki bola di bahagian sayap dan melakukan trik. Sedangkan Ruud membuat larian di dalam kotak, Ronaldo tidak terus menghantar kepadanya dan Ruud menjadi gila, menjerit, ‘dia harus berada di sarkas, dia tidak seharusnya berada di atas padang ‘- Ruud berkata begitu ketika keluar dari padang latiha.”

“Dan Ronaldo menjadi marah dan naik gila dan berkata – ‘mengapa dia bercakap dengan saya seperti itu?’ Pada masa itu Ronaldo baru berusia 18 atau 19 tahun.”

Tidak dinafikan, konflik dengan Ronaldo membuatkan Ruud Van Nistelrooy tidak sehaluan dengan Sir Alex Ferguson.

Akhirnya pemain antarabangsa Belanda itu dijual ke Real Madrid pada tahun 2006 setelah hubungannya retak dengan Sir Alex Ferguson. Ruud van Nistelrooy ketika itu melancarkan beberapa siri serangan verbal ke atas Ronaldo dan Wayne Rooney.

Sampaikan satu ketika Ronaldo pernah menangis kerana terguris dengan ucapan Nistelrooy.

Sikap Nistelrooy yang terlalu diva dan memperlekehkan pemain muda itu mungkin akan dilayan di kelab lain, namun tidak di United – di bawah SAF.

Kuatnya mentaliti Ronaldo

Ferdinand kemudian memuji semangat juang pemain muda bernama Ronaldo yang mahu membuktikan dirinya kepada Nistelrooy dan mahu menunjukkan bahawa tidak sia sia Sir Alex Ferguson percaya kepadanya.

Alex Ferguson mulai mencipta sistem penyerang sayap yang berorientasikan mencari gol berbanding sebelum ini.

Ferdinand menegaskan, tidak ramai pemain muda yang mampu mengatasi tekanan mental yang kuat seperti itu, mendapat tekanan daripada bintang senior utama pasukan. Namun Ronaldo berjaya.

“Beberapa ‘budak’ [pemain muda] pasti kehilangan kepercayaan diri dilayan sebegitu,” tambah Ferdinand.

“Ada yang akan terus melakukan hal yang sama tetapi Ronaldo tahu bahawa Ruud mungkin benar dan kemudian ia menjadi soal nombor, statistik, gol.”

“Apa yang akan menjadikannya pemain terbaik di dunia?

“Kami biasa mengatakan kepadanya, ambil mikrofon darinya dan katakan bahawa ‘kamu bukan No 7 yang sebenar di kelab ini yang ada George Best dan [David] Beckham’ dan kamu akan dapat melihat dia berfikir, ‘bagaimana boleh Saya membuktikan mereka semua ni silap?’.”

(L-R) Manchester United’s Carlos Tevez, Wayne Rooney and Cristiano Ronaldo

“Mengenai mindset, saya tidak kenal lagi mana mana pemain yang berkongsi bilik persalinan dengan saya – yang lebih kuat daripadanya [Ronaldo], lebih tekad dan keinginan.”

“Saya bernasib baik menyaksikan dia berubah dari seorang budak kepada seorang lelaki selama beberapa tahun dan dia mempengaruhi sesi latihan.”

“Dia benar-benar obses untuk menang di sesi latihan dan menjaringkan gol terakhir.”


Baca juga: Kisah Nistelrooy Dibuang Alex Ferguson Walaupun Skor 95 Gol

Bagi peminat Manchester United, Ruud van Nistelrooy dianggap sebagai salah seorang penjaring gol legenda.

Beliau merupakan poacher yang sangat tajam dan memiliki kualiti penyudah yang sukar untuk dijelaskan.

Namun begitu, biarpun Nistelrooy menjaringkan 95 gol untuk Man United ketika di Old Trafford, beliau tetap dibuang dan dijual oleh Sir Alex Ferguson.

Nistelrooy besar kepala

Fergie memang terkenal dengan prinsip: ‘Tiada pemain yang lebih besar daripada kelab.”

Ferguson memang pantang dengan pemain yang besar kepala dan berlagak diva.

Pogba antara pemain yang pernah disingkirkan Sir Alex Ferguson gara gara menunjukkan rasa tak gembira ketika Sir Alex memanggil Paul Scholes keluar semula daripada persaraan.

Masa depan Nistelrooy di Man United mulai kabur apabila beliau mencarut dekat Sir Alex Ferguson ketika final Carling Cup [sekarang dipanggil Carabao Cup] menentang Wigan pada 2006.

Antics beliau itu yang membuatkan legasinya di Man United terancam oleh beliau sendiri.

Nistelrooy sound Alex Ferguson

Nistelrooy ketika itu mengeluarkan kata-kata kesat kepada Ferguson kerana tak puas hati menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan dalam aksi final tersebut.

Pada akhir musim, ramai yang terkejut apabila Ferguson telah meletakkan nama Nistelrooy dalam senarai untuk dijual.

Peluang tersebut tak dilepaskan oleh Real Madrid yang terus menyambar penyerang dari Belanda itu. Nistlerooy dijual dengan harga lelong sekitar GBP11 juta.

Seorang bekas ketua perhubungan kelab iaitu Alastair Campbell telah mendedahkan ia antara kemungkinan utama yang menjadi sebab Nistelrooy keluar dari Old Trafford.

Beliau berkongsi perkara tersebut di dalam bukunya. Alastair Campbell merupakan sahabat baik Sir Alex Ferguson.

Campbell mengklaim bahawa beliau antara orang yang diberitahu oleh Fergie tentang masa depan Nistelrooy yang sudah berakhir di Old Trafford dan Fergie mahu menjual pemain itu.

Nistlerooy bersikap biadap dengan Ronaldo

Berdasarkan buku tersebut, ia menyatakan bahawa ada satu lagi peristiwa yang membuatkan Fergie benar benar hilang sabar dengan Nistelrooy.

Kemuncak kepada semua perkara tersebut apabila Nistelrooy dengan biadap mengejek Ronaldo sebagai sudah menemui ayah baru di United iaitu Carlos Quieroz menggantikan ayahnya meninggal kerana ketagihan alkohol.

Carlos Quieroz ketika itu menjadi pembantu Alex Ferguson.

Campbell menceritakan bahawa, Carlos Quieroz sangat marah dan meminta Nistelrooy untuk menghormati orang lain.

Namun Nistelrooy awalnya melawan Quieroz dengan menyatakan, mana ada dia biadap?

Perkara itu sampai ke pengetahuan Fergie. Dan Carlos Quieroz merasakan Nistelrooy bukan insan yang baik walaupun dia pemain yang luar biasa.

Menyedari perkara itu sudah sampai ke pengetahuan bos besar, Nistelrooy akhirnya meminta maaf kepada Cristiano Ronaldo. Namun Ronaldo ketika itu tidak menerima permohonan maaf itu.

Sir Alex Ferguson awalnya agak sukar membuat keputusan. Namun selepas mengambil kira sikap Nistlerooy yang melampau dan insiden di final Piala Liga, akhirnya Sir Alex Ferguson memutuskan untuk menjual Nistlerooy.

Nistelrooy memang dah lama tak berpuas hati dengan Cristiano Ronaldo. Beliau pernah secara terangan memberitahu Alex Ferguson bahawa Ronaldo adalah tamak dan tidak mahu menghantar bola kepadanya.

Namun Ferguson menjelaskan bahawa, Ronaldo tidak sama dengan David Beckham. Ronaldo adalah winger yang boleh menjaringkan gol.

Dari hari itu hubungan Nistelrooy dengan Ronaldo yang rapat bertukar menjadi dingin.

Ronaldo pernah berkongsi cerita bahawa beliau dan Nistelrooy dahulunya sangat rapat. Dan beliau belajar menajamkan sentuhan golnya daripada Nistelrooy.

Nistelrooy menyertai Real Madrid dan kemudian menyertai kelab seperti Hamburg dan Malaga. Beliau bersara pada 2012.

Namun tiada siapa yang akan lupa bahawa karier beliau di Man United adalah yang terbaik.