Brentford akhirnya terpaksa menjual Ivan Toney ke kelab Arab Saudi yang menawarkan harga £40 juta sahaja untuk.
Masa depan Ivan Toney tidak menentu di kelab itu. Pemain itu sebelum ini menyatakan dia mahu berpindah menyertai pasukan besar. Namun dia menghormati kelabnya ketika kelab itu meletakkan harga £100 juta untuk Toney.
Arsenal antara kelab yang pernah cuba merisik Ivan Toney. Tetapi tidak sanggup membayar lebih £35 juta untuk pemain antarabangsa England itu. Arsenal malah pernah mencadangkan tawaran £25 juta sahaja untuk pemain tersebut.
Chelsea juga antara kelab yang berminat dengan Toney sebelum ini. Tetapi sama seperti Arsenal, mereka tidak rasa Toney bernilai £100 juta.
Pengurus Thomas Frank sebelum ini menyatakan bahawa harga Toney adalah hampir sama dengan Harry Kane yang berpindah ke Bayern Munich dengan nilai sekitar £100 juta. Tetapi selepas itu Toney digantung kerana kantoi berjudi. Tetapi Brentford tetap berkeras bahawa pemain itu tetap £100 juta.
Brentford kemudian sedar bahawa pemain itu kemungkinan besar tidak akan melanjutkan kontraknya di kelab itu. Dan mereka terpaksa menjual Toney.
Dan pemain itu menerima tawaran daripada Arab Saudi. Dia dikatakan berminat dengan tawaran itu yang sangat lumayan.
Al-Ahli membuat bidaan pertama £35 juta untuk Ivan Toney tetapi ditolak oleh Brentford. Mereka menghantar bidaan kedua bernilai £40 juta. Brentford meletakkan harga £50 juta untuk Toney.
Tetapi bidaan ini tidak ditolak terus oleh Brentford yang masih mengharapkan ada pakej bonus tambahan. Dia sebelum ini disisihkan daripada aksi menentang Palace kerana mahu menyelesaikan urusan masa depannya di kelab itu.
Pemain berusia 28 tahun itu menerima penggantungan lapan bulan pada Mei 2023 kerana melanggar peraturan pertaruhan, memaksanya terlepas separuh masa pertama musim lalu, kembali pada Januari untuk menjaringkan empat gol dalam 17 perlawanan sebelum menjadi sebahagian daripada skuad England di Euro.
“Perjanjian belum dimuktamadkan lagi tetapi kami berharap ia akan berlaku,” kata pengurus Brentford, Thomas Frank, selepas kemenangan menentang Palace.
“Dia telah menjadi salah seorang pemain terbaik kami, jika bukan pemain terbaik kami dalam tempoh yang lama. Seperti mana-mana pemain yang bagus, suatu hari nanti mereka akan pergi. Semua pemain terbaik dalam Liga Perdana, suatu hari nanti mereka akan meninggalkan kelab dan orang lain perlu bangkit dan melakukannya dengan baik.”
Toney, yang mempunyai enam caps England, telah menyatakan dengan jelas keinginannya untuk berpindah jika peluang yang sesuai muncul. “Anda tidak boleh meramalkan bila masa yang sesuai untuk berpindah ke tempat lain, tetapi jelas saya mahu bermain untuk kelab terkemuka,” katanya kepada Sky Sports pada Januari yang mahu bermain di kelab besar.
“Semua orang mahu bermain untuk kelab terkemuka, [satu] yang berjuang untuk trofi.”
Peminat mengungkit kembali kenyataan Toney itu dengan menyatakan bahawa dia ternyata pemain yang mata duitan dengan menerima tawaran dari Arab Saudi.
Ivan Toney has agreed a £40m deal to join Saudi Arabia side Al Ahli and will have a medical this morning. Full details @MirrorFootball https://t.co/y06zWnOkdj
— Darren Lewis (@MirrorDarren) August 30, 2024
Brentford menandatangani Igor Thiago dari Club Brugge dengan harga kira-kira £30m tetapi penyerang Brazil itu mengalami kecederaan meniskus pada pramusim, menyebabkan dia tidak bermain sehingga akhir tahun ini. Dengan ketiadaan Toney dan Thiago, Yoane Wissa bermula menentang Palace dan menjaringkan gol kemenangan.
“Setiap kali Ivan tidak bermain, Wissa telah meningkat dan bermain dengan baik,” kata Frank. “Bryan [Mbeumo] bermula musim lalu dengan hebat. Mendapat kerja keras akibat kecederaan dan kini dia melakukan yang terbaik. Jadi sangat bagus.”