Pernah Jadi Rebutan Arsenal Dan Spurs, Ryan Fraser Hari Ini Ditendang Ke Pasukan B-21 Newcastle

Masih ingat dengan Ryan Fraser? Pemain yang pernah dibida beberapa kali oleh Arsenal satu ketika dahulu. Namun kelabnya ketika itu Bournemouth enggan menjualnya.

Dia turut menjadi rebutan kelab lain termasuk Spurs pada masa itu.

Akibat kelab enggan menjualnya, Fraser telah memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak baharu dan berharap akan ada tawaran daripada kelab besar tiba kepadanya.

Dia kemudian memutuskan untuk menyertai Newcastle.

Ryan Fraser kini telah ‘dibuang’ ke dalam skuad Newcastle United U21 dan ia tidak mungkin bermain mana mana perlawanan lagi untuk kelabnya. Sudah tentunya dia tak akan bermain atau terlibat dalam final bersejarah Piala Carabao 2023.

Dilaporkan Newcastle tidak berpuas hati dengan sumbangan pemain itu kepada pasukan. Dengan peningkatan ketara ditunjukkan pemain seperti Saint Maximin dan Almiron, kelab tersebut merasakan Fraser tidak cukup bagus.

Pemain antarabangsa Scotland itu menyertai Newcastle pada 2020 selepas kontraknya dengan Bournemouth tamat. Dia meninggalkan kelab itu berikutan penyingkiran Liga Perdana.

Masa permainannya sejak Eddie Howe, yang pernah menguruskannya di Cherries, telah menurun secara drastik dan dia tidak muncul lagi sejak terlibat sebagai pemain gantian dalam kemenangan 1-0 ke atas Everton pada bulan Oktober.

Menurut Sportsmail, Magpies telah memutuskan untuk memindahkan Fraser ke pangkalan akademi. Dipercayai pemain berusia 28 tahun itu akan berpindah pada musim panas akan datang walaupun mempunyai baki dua tahun dalam kontrak semasanya.

Langkah itu dianggap mengejutkan. Namun ianya adalah isyarat bahawa kelab mahu Fraser berusaha mencari kelab baharu.

Peminat Newcastle berbelah bagi tentang berita ini. Ada yang menganggap tindakan itu tidak masuk akal. Kerana Ryan Fraser boleh menjadi kualiti tambahan di bangku simpanan.

Selain itu, ada juga menganggap langkah itu merugikan kelab kerana kelab kelab lain pasti mahu mendapatkan pemain itu dengan harga murah atau menunggu Newcastle melepaskan Fraser sebagai ejen bebas.

Seterusnya ada juga yang menganggap langkah kelab telah membuatkan ada berita negatif yang seharusnya tak perlu menjelang aksi final Piala Carabao.

Fraser telah membuat 59 penampilan untuk Newcastle, menjaringkan tiga kali dan mencatatkan enam bantuan gol.

Newcastle akan menentang Manchester United dalam perlawanan akhir Piala Carabao di Wembley pada hari Ahad. Ia adalah percubaan mereka untuk menamatkan kemarau trofi pertandingan piala domestik sejak 1955.

Mereka masih dalam perlumbaan empat teratas Liga Perdana, walaupun tergelincir selepas kekalahan 2-0 kepada Liverpool pada hari Sabtu dan kemenangan 2-0 Tottenham Hotspur ke atas West Ham United pada Ahad.

Perlawanan akhir piala hari Ahad akan menjadi lebih sukar kerana ketiadaan Nick Pope. Dia dibuang padang ketika menentang Liverpool selepas mengendalikan bola di luar kotaknya.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai