Pernah Tidur Lokap, Baki Akaun RM28, Ronaldinho Bangkit Menjana RM3.8 Juta Selepas Keluar Penjara

Kehidupan Ronaldinho nampaknya penuh dengan suka duka. Selepas bersara daripada bola sepak, legenda Brazil itu berdepan dengan banyak masalah dalam hidupnya.

Bermula dari masalah kewangan yang kritikal, sehinggalah masuk ke penjara kerana isu pasport pada tahun lalu.

Ronaldinho dipenjara kerana kes pemalsuan pasport. Ronaldinho ditangkap di Paraguay bersama abangnya, Roberto de Assis Moreira, kerana menggunakan pasport palsu untuk memasuki negara tersebut.

Akibat kesalahannya itu, Ronaldinho disumbat ke penjara. Dia dan abangnya diarahkan membayar denda masing-masing sebanyak USD 90 ribu dan USD110 ribu.

Sebelum ini Ronaldinho dilaporkan berdepan dengan masalah kewangan kritikal, sehingga pada satu ketika, dalam simpanannya hanya ada RM28,00 ataupun sekitar GBP5.

Dia berhutang sebanyak £1.75 juta atas pelbagai sebab dan alasan termasuk denda. Beliau didenda dengan jumlah yang agak besar baru baru ini kerana kesalahan masuk ke Paraguay menggunakan pasport palsu.

Ronaldinho merupakan seorang pemain yang teruk dalam pengurusan kewangan. Sebelum ini Barcelona membantu beliau dengan memberikannya jawatan duta kelab selepas mendengar dia dibebani hutang yang banyak.

Namun apa yang berlaku, beliau tetap boros dan membazirkan wangnya. Sayang sekali bintang yang mendapat jutaan euro pada kariernya bergelut dengan masalah kewangan.

Tetapi langit tak selalu gelap. Terbaru El Pais dari Brazil, mendedahkan bahawa bekas pemenang Ballon d’Or telah memperoleh hampir GBP702 ribu pound (sekitar RM3.8 juta) sejak meninggalkan penjara pada bulan Ogos 2020.

Bangkit dan membangunkan jenama R-One

Segalanya hasil daripada beberapa kerja dan perniagaan terbarunya. Ronaldinho sebelum ini menjadi duta stadium Atletico Mineiro.

Beliau juga kemudinnya menubuhkan sebuah studio muzik dan mengeluarkan jenama minuman kerasnya sendiri bernama R-ONE.

Bukan hanya membangun studio muzik, dia juga turut serta dalam pembuatan klip video muzik. Ronaldinho turut tampil dalam klip video lagu berjudul ‘Oclin e Evoque’ bersama rapper Djonga dan Recayd Mob.

Selepas apa menimpa dirinya Ronaldinho mulai memperbaiki dirinya, mengurangkan masa berfoya foya dan berparti. Sebaliknya fokus kepada membina jenama dan menggunakan publisitinya untuk mendapat wang.

Beliau sudah bertemu dengan presiden Brazil dan dilantik menjadi duta perlancongan negaranya.

Ronaldinho kembali aktif dalam pengiklanan. Di mana beliau menjadi model dalam beberapa iklan termasuk berkaitan bola sepak seperti untuk video game FIFA dan Pro Evolution Soccer (PES).

Ronaldinho turut mencipta pasukan eSukannya sendiri, ‘R10 Team’ yang beraksi dalam permainan EA FIFA 21 FIFA 21.

Beliau kemudian menggambarkan bahawa fasa paling sukar dalam hidupnya sudah berakhir: “Fasa sukar akan segera berakhir, terima kasih Tuhan. Saya tidak punya kata-kata untuk mengucapkan terima kasih atas semua perhatian dan sokongan yang saya terima dalam beberapa bulan terakhir,” tulis Ronaldinho.

Tak sangka merasa lokap

Sebelum ini Ronaldinho pernah menangis menyatakan dia tak sangka akan merasai detik tidur di dalam lokap.

“Saya tak sangka bahawa suatu hari saya akan melalui detik seteruk ini di dalam hidup saya.”

Bekas pemain bola sepak Barcelona dan saudaranya Roberto Assis ditangkap pada awal Mac 2020 kerana didakwa menggunakan dokumen palsu untuk memasuki negara itu.

Ronaldinho mengatakan dia “benar-benar terkejut” selepas ditangkap dan didakwa kerana kesalahan menggunakan pasport palsu.

Setelah menghabiskan 32 hari di penjara, hakim Gustavo Amarilla memutuskan bahawa kedua-duanya boleh tinggal di sebuah hotel di Asuncion sementara mereka menunggu perbicaraan atas tuduhan mereka.

Bercakap kepada rangkaian televisyen Paraguay, ABC Color dari hotel Palmaroga di ibu kota Paraguay, bekas pemain berusia 40 tahun itu mengatakan mereka datang ke negara itu untuk melancarkan kasino di atas talian serta beberapa acara kebajikan.

Bekas pemenang Ballon D’Or, Ronaldinho, yang merupakan sebahagian daripada skuad pemenang Piala Dunia Brazil tahun 2002, mengatakan bahawa keseluruhan situasi sangat sukar dan dia bekerjasama dengan polis untuk cuba menyelesaikan masalah.

Dia berkata: “Kami sangat terkejut mengetahui bahawa dokumen tersebut tidak sah. Sejak hari itu kami bertekad untuk bekerjasama sebaik mungkin dengan sistem keadilan untuk menjelaskan fakta.”

“Sejak saat itu hingga hari ini, kami telah menjelaskan segalanya.”

Bercakap mengenai saat dia diberitahu akan masuk penjara, Ronaldinho berkata: “Itu adalah satu berita buruk yang menghantuk diri saya dengan keras.”

“Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan melalui situasi seperti ini. Sepanjang hidup saya, saya berusaha untuk mencapai tahap profesional tertinggi dan membawa kegembiraan kepada orang lain dengan bermain bola sepak. ”

Bekas bintang Barca itu mengatakan bahawa dia mempunyai banyak peluang untuk bermain bola sepak di penjara.

Namun selalu berhenti sekejap untuk kerana ada peminat beliau di penjara mahu mendapatkan tanda tangan dan gambar walaupun berada di dalam penjara keselamatan maksimum Agrupacion Especializada.

Ronaldinho ditangkap di Resort Yacht and Golf Club Paraguay. Ronaldinho mengatakan bahawa walaupun ditangkap dan didakwa, dia tidak memiliki niat buruk terhadap orang-orang Paraguay.

Dan beliau yakin tuhan ada bersamanya dan telah membantunya melalui situasi tersebut. Dia berkata: “Kehangatan, kasih sayang dan rasa hormat dari semua orang Paraguay dirasakan sejak hari pertama saya tiba di negara ini sehingga hari ini, dan saya sangat berterima kasih kepada kamu semua.”

“Saya ada kepercayaan saya. Saya selalu berdoa agar semuanya berjalan lancar dan semoga perkara ini segera selesai. ”

Menurut ABC Color, wawancara itu dilakukan secara berhadapan di hotel dengan langkah penjarakan sosial yang ketat.

Ronaldinho mengatakan bahawa perkara pertama yang akan dia akan lakukan setelah keadaan diselesaikan adalah pergi menemui ibunya.

Dia berkata: “Perkara pertama saya akan buat selepas semua ini selasai adalah memberikan satu ciuman besar kepada ibu saya yang telah melalui hari-hari sukar ini sejak bermulanya wabak Cov-19 di rumahnya.”

“Dengan harapan akan dapat mengurangkan sedikit kesan yang timbul kerana situasi ini dan terus maju dengan kepercayaan dan kekuatan. ”

Peguam Ronaldinho menyatakan bahawa kliennya telah diberikan pasport Paraguay oleh orang tempatan yang juga penaja sebagai hadiah.

Namun dia tak sangka pasport itu adalah palsu.

Pasport Brazil dan Sepanyol beliau dirampas pihak berkuasa pada 2019 kerana ada melakukan kesalahan melanggar undang-undang.

Diharap Ronaldinho terus kekal fokus mencari wang. Nak enjoy tu tiada masalah tapi jangan macam dulu ye R10.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di