Perompak Bekicap Muka Selepas Ter-rompak Petarung UFC Derrick Lewis

Petarung UFC Derrick Lewis melalui detik cemas… err detik terkejut, ketika mendapati seorang lelaki cuba memecah masuk ke dalam keretanya dan mahu menyamun serta melarikan barang barang peribadinya.

Biasanya mangsa rompakan yang malang, namun hari itu sebaliknya. Perompak telah merompak orang yang salah. Petarung UFC profesional iaitu Derrick Lewis.

Berkicap muka mamat tu kena tabuh dengan Lewis yang kegeraman kerana marah. Lewis menumbuk dan membelasah lelaki itu sampai tak berdaya nak melarikan diri. Dan kemudian baru dia menghubungi polis untuk menyerahkan si goblok itu.

Dalam catatan di Instagram, Lewis berkongsi gambar lelaki yang diiringi polis serta sebuah video di mana dia menunjukkan tanda calar dalam pintu keretanya sebelum mengatakan: “Mfuc** itu cuba masuk ke dalam harta saya siallah. ”

Derrick kemudian mengesahkan perompak itu ok dan tidak meninggal selepas dikerjakannya.

“Mof0 itu telah memilih kereta yang betul / salah untuk dia langgar. DIA OK.”

Dia kemudian memuat naik gambar yang menunjukkan buku jari yang sedikit lebam dengan perkataan ‘kepuasan’ yang ditulis di bahagian atas dan ‘Diorang baik-baik saja’ di bahagian bawah.

Lewis memberitahu wartawan ESPN Ariel Helwani bahawa dia telah menumbuk lelaki itu sebelum polis tiba.”

Post di Twitter Helwani berkata: “Derrick Lewis memberitahu saya dia melihat seorang lelaki cuba memasuki SUVnya pagi ini.

“Dia menumbuk lelaki itu. Polis kemudian menangkapnya.”

Menurut laporan polis, Lewis kembali ke keretanya setelah bersenam ketika dia melihat perompak kereta itu cuba memasuki kenderaannya dengan pemutar skru.

BOS UFC, Dana White dan petarung UFC, Kamaru Usman antara yang meletakkan emoji tepuk dahi kepada perompak itu yang ternyata menceroboh kereta petarung UFC yang sedang gigih berlatih.

Kamaru Usman berkata: “Geleng kepala kawe, sekurang kurangnya dia ok.”

Jodi Silva, seorang pegawai maklumat awam untuk Jabatan Polis Houston, mengatakan kepada MMA Fighting: “Encik Lewis mengatakan bahawa dia mendekati suspek, memukulnya, menumpaskannya ke tanah sehingga polis tiba.”

“Itulah cara terbaik untuk menjatuhkan perompak itu.”

Suspek dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kemudian ditahan di balai polis, di mana dia menghadapi tuduhan melakukan kesalahan jenayah.

Silva menjelaskan dia dituduh melakukan kesalahan jenayah kerana cuba memecah masuk kereta Lewis.

Sementara itu, Lewis dianggap sebagai pencabar pertama untuk juara kelas berat baru Francis Ngannou.

Bos UFC, Dana White mengatakan bahawa dia menjangkakan pasangan itu akan bertarung ‘tidak lama lagi’. Lewis telah memenangi empat pertarungan terakhirnya dan sebelumnya mengalahkan Ngannou pada tahun 2018.

Bercakap di UFC 262 awal bulan ini, Lewis mengatakan dia tidak menyukai Ngannou kerana menjadikannya ‘kelihatan gemuk’.

Petarung itu bergurau: “Dia membuat saya kelihatan gemuk ketika saya berdiri di sebelahnya.”

 

Baca yang lain