Perpindahan Mudryk Adalah Bencana

Chelsea pernah memenangi berebut dengan Arsenal untuk mendapatkan Mykhailo Mudryk dari Shakhtar Donetsk pada 2023. Dan akhirnya The Blues memenangi perlumbaan mendapatkan tandatangan pemain itu kerana tawaran harga yang lebih tinggi.

Walaupun Mudryk dalam beberapa minggu sebelum itu mendesak perpindahan ke Arsenal dan beberapa kali menghantar hint bahawa dia menonton aksi Arsenal.

Pemain asal Ukraine itu hanya tampil 44 kali untuk kelab lamanya, namun oleh kerana kelincahan dan bakatnya, dia terus menjadi sasaran kelab besar.

Dan kem Arsenal benar benar yakin akan dapat mendapatkan Mudryk dengan tawaran mereka kemukakan pada awalnyua sekitar £45 juta. Dan tawaran akhir mereka sekitar £75 juta.

Mereka yakin pemain itu akan terus mendesak kelabnya menjual dia ke Arsenal. Malangnya, entah apa yang berlaku, Mudryk kemudian menyatakan dia menerima tawaran Chelsea.

The Blues mengeluarkan £87 juta atau sekitar €105 juta untuk membeli Mudryk secara keseluruhannya. Dia ditandangani dengan kontrak 8 tahun untuk membolehkan kelab itu membayar ansuran selama 8 musim bagi mengelak kesalahan FFP.

Mudryk sempat tampil ketika debut melawan Liverpool, bahkan Rio Ferdinand berkata Arsenal akan menyesal melepaskan kesempatan merekrut Mudryk. Namun, perjalanan kariernya di Chelsea tidak berjalan sesuai harapan peminat.

Kini selepas 3 musim berlalu, Mudryk hanya mencetak 10 gol bersama Chelsea dan ianya jauh daripada tanda harganya. Malah, sejak akhir November, dia tidak lagi tampil kerana dia disiasat oleh FA akibat kes doping.

Bekas pemain Aston Villa, Gabriel Agbonlahor secara terbuka melabel pembelian Mudryk adalah yang paling teruk dan gagal secara total.

“Perpindahan Mudryk adalah bencana dalam pemindahan bursa perpindahan,” kata Agbonlahor kepada TalkSports.

“Ya, Enzo, Neto, dan Nkunku semuanya mahal. Mereka menghabiskan £45 juta untuk Felix dan kemudian meminjamkannya,” tambahnya yang tetap merasakan bahawa bencana paling teruk adalah Mudryk.

Menurut Agbonlahor, Chelsea mengalami krisis kepimpinan dan kualiti di atas padang. “Sejujurnya, kepimpinan dan kualitinya kurang. Sungguh mengerikan melihat berapa banyak wang yang telah mereka belanjakan dan sia-siakan,” tutup beliau.

Kenyataan itu benar benar berbeza dengan tanggapan Agbonlahor ketika dia melabel Arsenal sudah dibuli oleh Chelsea dengan kuasa wang ketika kelab The Blues berjaya mendapatkan Mudryk.

Tidak lama kemudian Agbonlahor mempersoalkan dengan wang yang cukup banyak dibelanjakan Chelsea untuk pemainn yang gagal menyerlah: “Kenapa mereka tak beli sahaja Mbappe atau Harry Kane dengan wang sebanyak itu?” soalnya.

Mudryk masih muda. Dan mungkinkah dia akan mampu bangkit selepas ini? Siapa tahu kan.

Chelsea kini masih berusaha untuk memperbaiki kedudukan mereka di dalam liga. Enzo Maresca menyatakan bahawa misi utama mereka adalah layak ke UCL dalam masa dua tahun selepas dia dilantik.

Oleh sebab itu dia merasakan bahawa Chelsea kini berada di landasan yang tepat. Kerana mereka boleh layak ke UCL pada tahun pertama dia mengendalikan skuad itu.

“Kami tidak mensasarkan untuk memenangi trofi, tetapi kami mahu beraksi di UCL dalam masa dua tahun. Dan kini kami berada di landasan yang tepat,” kata pengurus itu minggu lalu.