Perpindahan Penjaga Gol Rusia Ini Ke PSG Berisiko Gagal Kerana Berhutang €600k Dengan Bekas Isteri

PSG baru hampir sahaja memeterai perjanjian bernilai €20 juta untuk mendapatkan penjaga gol Matvey Safonov.

Safonov dibeli untuk menjadi penjaga gol sandaran ataupun penjaga gol kedua di belakang Gianluigi Donnarumma.

Penjaga gol itu sepatutnya berlepas ke Paris untuk mempersetujui syarat dan terma peribadi dengan kelab Paris itu setelah Krasnodar setuju dengan harga pemain tersebut.

Namun penjaga gol itu dilaporkan ada perintah mahkamah yang melarang dia daripada meninggalkan Rusia.

Ini kerana dia masih tidak membayar wang sokongan kepada bekas isteri dan anaknya yang bernilai €600,000.

Safonov sebelum ini melalui proses penceraian dengan isterinya yang sangat panjang. Kemudian kedua dua mereka masih berebut hak penjagaan anak.

PSG Report melaporkan bahawa perpindahan Safonov ke PSG berisiko gagal kerana pemain itu masih belum membayar wang alimoni dan nafkah anaknya bernilai €600k.

Isu tentang larangan meninggalkan Rusia itu baru sahaja dikeluarkan semalam.

Ketika laporan tersebut keluar, Safonov berada di Belarus untuk tugasan bersama dengan skuad kebangsaan Rusia. Di mana UEFA sudah membenarkan Rusia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara eropah lain.

Dia sebelum ini merancang untuk ke Paris untuk memeterai perjanjian dengan PSG. Namun ketika ini PSG dalam kata dua untuk memuktamadkan perjanjian itu.

Kerana selepas ini pemain tersebut masih perlu untuk kembali ke Rusia dan sebaik sahaja dia berada di Rusia dia tidak akan dibenarkan keluar selagi lagi kesnya belum selesai.