Perpindahan Pinjaman Untuk Osimhen Adalah Satu Penghinaan, Kata Ejen

Ejen kepada Victor Osimhen kecewa dengan laporan menyatakan bahawa pemain itu akan pergi meninggalkan Napoli secara pinjaman.

Ejennya, Calenda berkata, perpindahan pinjaman untuk Osimhen adalah satu penghinaan buat pemain itu. Ini kerana Osimhen hanya berhak mendapat perpindahan tetap dengan harga dan gaji yang setimpal.

Osimhen dibenarkan untuk dijual. Selepas Napoli sebelum ini mendapat lampu hijau daripada pengurus baharu, Antonio Conte bahawa kelab boleh menjual pemain itu dengan dia tak akan campur tangan.

Hal ini kerana, isu masa depan Osimhen sudah dibincangkan sebelum Conte tiba lagi. Dengan ejennya sebelum ini mendesak kelab itu untuk menjual Osimhen demi untuk membantu kewangan kelab itu.

Seterusnya, Osimhen dikatakan mahu kelab Napoli memberikannya peluang untuk menyertai pasukan besar yang lain kerana misinya untuk membantu Napoli menjuarai Serie A sudah pun selesai.

PSG dan Chelsea adalah 2 kelab yang hangat dikaitkan dengan pemain Nigeria itu. Chelsea sedia menawarkan Lukaku sebagai salah satu syarat perjanjian mendapatkan Osimhen.

Lukaku merupakan sasaran utama Antonio Conte dalam jendela perpindahan kali ini. Sementara itu Chelsea pula tidak pakai Lukaku. Pemain itu dibenarkan untuk mencari kelab baharu.

Chelsea pada masa yang sama masih mencari penyerang. Osimhen antara nama dipertimbangkan selain nama lain seperti Julian Alvarez.

Apa sahaja yang berlaku kepada Osimhen selepas ini, ejennya berkata, pemain itu harus berpindah secara tetap bukannya menerima penghinaan dengan berpindah secara pinjaman.

Calenda berkata: “Saya ada baca tentang berita perpindahan khayalan penuh impian berkaitan dengan perpindahan pinjaman Victor Osimhen. Seolah olah, sekiranya Osimhen ini sebuah barang, mereka menggambarkan pakej itu akan dihantar secepat mungkin kepada tuan baharunya.

“Pakej ini melibatkan penyerang terbanyak Napoli pada musim kejuaraan ketiga Scudetto mereka. Sila hormati Osimhen dan hentikan khabar angin ini.”

Osimhen menjadi pemain yang fenomena sejak menyertai Napoli. Dia sebelum ini pernah hampir meninggalkan Napoli namun memutuskan untuk kekal kerana mahu mencuba sekali lagi untuk membantu kelab itu menjuarai Serie A.

Dan dia berjaya melakukannya. Menjadikan dia dianggap sebagai legenda hidup kelab itu.