Sehingga hari ini Liverpool merupakan pasukan yang masih aktif meneruskan rekod tanpa kalah terpanjang di 5 liga utama eropah. 38 perlawanan tanpa kalah.
Walaupun masih jauh untuk mencapai angka yang dilakukan oleh AC Milan pada tahun 1993 (58), tetapi pasukan ini berpotensi melakukannya.
Liverpool sedang berada di tangga ke-9 bersama Real Sociedad dalam catatan ini, baru sahaja mengenepikan Perugia (37) selepas menewaskan Manchester United.
4 kelab Inggeris yang berada dalam senarai ini adalah Arsenal (49), Nottingham Forest (42), Chelsea (40) dan Liverpool (38).
Masing-masing berada di tangga ke-3, ke-6, ke-7 dan ke-9 pasukan paling lama tidak ditewaskan.
Jika tidak kerana kekalahan 1-2 di Stadium Etihad pada 3 Januari 2019, Liverpool sudah melepasi angka yang dicatatkan oleh AC Milan dengan 61 perlawanan tanpa tewas.
Disini kami cuba bayangkan siapa pemain Liverpool jika diletakkan dalam skuad lagenda AC Milan 1991-1993. Ia bergantung kepada kepentingan pemain tersebut dalam skuad utama dan posisi.
Alisson adalah Rossi
Bagi posisi penjaga gol ianya mudah, posisi yang tidak banyak berlaku perubahan. Sebastian Rossi merupakan penjaga utama AC Milan sepanjang tempoh tersebut.
Di Liverpool sudah semestinya Alisson. Sementara itu Francesco Antoinioli yang cemerlang menggantikan Rossi dalam larian untuk catatan 58 perlawanan tanpa tewas adalah Adrien.
Adrien juga bagus ketika menggantikan Alisson yang tiba-tiba cedera sendiri.
Van Dijk adalah Baresi
Siapa pertahanan tengah utama AC Milan pada ketika itu? Ya, Franco Baresi. Maka Baresi sama penting dengan Virgil Van Dijk dalam skuad masing-masing.
Cuma Baresi mempunyai pasangan tetap iaitu Alessandro Costacurta. Francesco Galli merupakan pemain simpanan tunggal bagi posisi ini.
Van Dijk tidak mempunyai pasangan tetap, Jurgen Klopp sering menggilirkan antara Joel Matip dan Dejan Lovren untuk berpasangan denagn Van Dijk.
Adakalanya menggunakan pemain yang boleh bermain di sisi kanan dan tengah, Joe Gomez.
Matip-Lovren adalah Costacurta-Galli
Disebabkan tiada persamaan bagi posisi pertahanan tengah ke-2, Matip dan Lovren boleh disamakan dengan Costacurta dan Galli.
Van Dijk setaraf dengan Baresi.
Alexander-Arnold adalah Tassotti
Arnord merupakan pemain muda Liverpool yang mengagumkan, AC Milan juga mempunyai sekurang-kurangnya 3 pemain muda hebat pada ketika itu.
Salah satu daripadanya Paulo Maldini, cuma pemain ini berada di pertahanan kiri.
Pertahanan kanan utama AC Milan adalah pemain veteran, Mauro Tassotti. Persamaannya kedua-dua jarang disisihkan.
Tassotti tampil 33 dari 34 perlawanan musim 1991/92 dan Arnold tampil dalam semua 22 perlawanan Liga Perdana setakat ini.
Robertson adalah Maldini
Seperti disebut tadi, dari sudut pemain muda terdapat persilangan posisi di antara Maldini dan Arnold, walau bagaimanapun Robertson dan Maldini sama seperti Arnold dan Tassotti. Sentiasa bermain.
Maldini tampil 31 dari 34 perlawanan sementara itu Robertson sama seperti Arnold, bermain dalam semua 22 perlawanan.
Fabinho adalah Rijkaard
Pada tahun 90an ia mungkin tahun-tahun terakhir penggunaan fungsi sweeper dan anchor man. Playmaker masih disebut sehingga kini.
Rijkaard merupakan anchor man bagi skuad AC Milan, atau dalam takrifan masa kini mungkin defensive midfielder atau holding midfielder.
Jika AC Milan mempunyai Rijkaard, Liverpool memiliki Fabinho. Kedua-duanya menjadi pemain pertama mempertahankan benteng barisan pertahanan pasukan.
Henderson-Wijnaldum adalah Albertini-Donadoni
Apabila AC Milan menggunakan Alberigo Evani pada kebiasaannya Ruud Gullit tidak bermain. Evani lebih cenderung pada posisi sayap kiri sementara itu Gullit baik apabila berada di belakang 2 penyerang.
Majoriti penampilan AC Milan pada ketika itu melibatkan Gullit dan Donadoni akan ditolak lebih ke tengah berbading sayap kiri.
Donadoni akan bersama pemain muda Albertini untuk berada di depan Rijkard.
Pada kefahaman kami, apabila sistem kedua-dua pasukan ini diselaraskan, kami melihat Henderson-Wijnaldum adalah Donadoni-Albertini.
Carlo Ancelotti merupakan pemain tengah simpanan yang paling kerap digunakan. Anda rasa ia menyamai siapa.
Naby Kieta atau James Milner (pemain multi-position)?
Firmino adalah Gullit
Ruud Gullit merupakan perancang terkuat AC Milan pada ketika itu, boleh berada di belakang 2 penyerang, penyerang tengah atau penyerang kanan.
Melihat kepada status playmaker Gullit bagi membantu Van Basten dan Massaro, Firmino juga banyak membantu Salah dan Mane.
Mungkin Firmino bukan seorang playmaker tetapi beliau sering digelar the system. Pemain yang diperlukan Klopp untuk sistem pasukannya.
Jadi, kedua-dua sama penting dalam fungsinya. Persamaannya kedua-dua pemain ini amat diperlukan oleh 2 penyerang atas (AC Milan) atau tepi (Liverpool).
Salah-Mane adalah Van Basten-Massaro
Posisi ini juga antara paling mudah untuk disamakan cuma 2 penyerang AC Milan ini lebih ketengah berbanding Liverpool lebih ke tepi.
Tidak kira ia penyerang tengah atau penyerang tepi, kesemuan 4 pemain ini merupakan pemain utama pada garis masa masing-masing.
Dengan 32 penampilan Massaro dan 31 penampilan Van Basten ia sama penting dengan Salah dan Mane. Cuma jaringan Salah dan Mane agak seimbang sementara penjaring AC Milan lebih terarah kepada Van Basten dan Gullit.
Persamaan lain
Kedua-dua pasukan mempunyai warna utama yang sama iaitu merah.
Salah satu perkara yang menarik, kedua-duanya menjadi kelab paling berjaya di pentas Liga Juara Eropah bagi negara masing-masing.
AC Milan dengan 7 kejuaraan dan Liverpool dengan 6 kejuaraan. Menjadi pasukan ke-2 dan ke-3 terbaik dibelakang Real Madrid yang meraih 13 kejuaraan.
Rumusan
Setiap garis masa berbeza akan mempunyai pasukan-pasukan yang hebat. Dalam masa yang berbeza itu taktikal akan sentiasa berubah-ubah.
Apa yang tidak berubah adalah dalam kegemilangan pasukan pasti ada beberapa pemain penting dan kami cuba mencari persamaan AC Milan dan Liverpool dalam era yang berbeza.
AC Milan pada dibawah Fabio Cappelo dilihat menggunakan 4-1-2-1-2 atau 4-4-2 diamond kombinasi kecenderungan England dan Itali.
Masih tersisa dengan kebiasaan penggunaan sweeper, anchor man dan playmaker.
Sementara Liverpool membawa evolusi taktikal dengan fullback strengh, firmino the system dan sebagainya.
Jadi benarkah Firmino itu Gullit dan beberapa nama diatas menyamai antara satu sama lain?