Persatuan Pengguna Norway Dedahkan Pemain FUT ‘Bakar’ Sehingga RM63k Untuk Dapatkan Mbappe

Di Norway, Persatuan Pengguna negara tersebut menggesa agar tindakan diambil ke atas EA Sports. Ini selepas ada  pemain permainan FIFA 22 membelanjakan hampir 1.7 juta FIFA Points untuk memiliki Kylian Mbappe dalam FIFA 22 Ultimate Team.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, EA Sports berdepan tindakan undang undang di Amerika Syarikat dan Perancis kerana transaksi mikro serta loot boxes untuk FIFA Ultimate Team.

Belanda dan Belgium malah telah mengambil langkah lebih tegas dengan mengisytihar bahawa loot boxes adalah satu perjudian. Oleh itu 2 negara tersebut mengharamkan kanak kanak bawah umur daripada terlibat dalam loot boxes tersebut.

Kini, Persatuan Pengguna Norway mahu semua pihak memandang serius tentang peraturan dan bagaiamana loot boxes itu dilakukan.

Disokong oleh 18 negara Eropah yang lain, laporan panjang lebar itu menunjukkan bagaimana EA Sports mengeksploitasi pengguna dengan rekaan yang mempengaruhi mereka menerusi peratusan kebarangkalian yang tidak masuk akal dan pemasaran yang sangat agresif, mengelirukan, serta menimbulkan rasa panik di kalangan pemain.

Ia juga disertakan dengan kajian tentng permainan tersebut termasuk bagaimana para pemain di negara itu begitu sukar mendapatkan pemain TOTY Kylian Mbappe dalam Ultimate Team mode.

Kebarangkalian untuk mendapatkan Mbappe pada kad beberapa awal adalah terlalu rendah dan hampir mustahil.

Laporan tersebut menyebut: “Pemain FUT teruja dengan prmoosi kad TOTY yang menjadikan Kylian Mbappe sebagai bintang utamanya. Promosi kurang 2 minggu dan pemain diarahkan segera melakukannya sebelum promosi berakhir. Atau kad tersebut tidak lagi tersedia pada tawaran pek tersebut.”

“Kad TOTY Mbappe seringkali muncul di ruangan menu dan ruangan skrin ketika loading.”

“Pek dengan kebarangkalian tertinggi dalam promo TOTY, dalam Jumbo Rare Players Pack, memiliki kebarangkalian 1.3% untuk mendapat kad promo TOTY dan menelan kost purata 2,000 FIFA Points, yang bersanaan dengan EUR20 [RM93.90].”

Persatuan Pengguna Nroway (NCC) kemudian mengira jumlah mata FIFA yang diperlukan untuk mendapatkan kad tersebut. Di mana seseorang pemain boleh membuka sehingga 847 kad Jumbo Rare Players, yang boleh mencecah 1.7 juta FIFA points [£11,478 atau RM63,215.85].

“Jika pemain pemain ini mahu mendapatkan kad TOTY, mereka harus mengatasi kebarangkalian 1.3% ini.”

“Jika kebarangkalian untuk mendapatkan kad TOTY yang tertentu yang diedarkan di kalangan 11 kad ini, kebarangkalian untuk mendapatkan Mbappe dari kad TOTY daripada Jumbo Rare Player Pack hanyalah 0.11%.”

Pada 2020 yang lalu, seorang YouTuber meluangkan masa 24 jam untuk membuka 3,000 FIFA packs untuk mengetahui, siapa yang akan mereka dapat daripada tempoh sebanyak itu.

ChrisMD dan sepupunya Ollie membelanjakan lebih 500,000 FIFA points, yang bersamaan dengan 25,305,000 coins, yang dia sifatkan sebagai cabaran sebenar menerusi saluran YouTubenya yang ada 4.85 juta subscribers ketika itu, dan kini sudah 5.55 juta subscribers. Mereka mendapat pek paling power iaitu Cristiao Ronaldo.

Selain itu mereka juga mendapat legend dengan rate 85 iaitu Pep Guardiola, penjaga gol 91-rated Jan Oblak dan bek tengah Liverpool Virgil van Dijk, itu antara nama besar yang mereka dapat.

Mereka berjaya menjual pemain pemain mereka dan mendapat 11,312,807 coins. Chris mengalami kerugian 13,999,193 coins, namun menyifatkan bahawa ianya boleh tahan, dengan mengambil kira beberapa nasib baik mereka sebelum ini.

Berbalik kepada NCC, mereka meminta agar EA Sports mengubah beberapa polisi dan peraturan dalam FUT. Ini termasuk mengharamkan pemasaran yang berbentuk memperdayakan pengguna dalam permainan video yang banyak diakses oleh kanak kanak.

“Walaupun industri permainan video di kalangan yang terbesar dalam industri hiburan, ianya seringkali ada isu terma dan syarat yang tidak sihat dan kita seringkali terlepas pandang.”

“Selain itu, kami dengan tegas menggesa agar pihak berwajib untuk mengambil tindakan ke atas syarikat permainan video yang gagal menghormati hak pengguna dan mengambil kesempatan ke atas pengguna diannggap mudah menjadi mangsa.”

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.