Persib Bandung Disindir Ada 8 Pemain Import, Robert Alberts Jelaskan Secara Prinsip Mereka Pemain Indonesia

Jurulatih Persib Bandung, Robert Alberts menjawab sindiran daripada peminat dan media tentang pasukannya yang dianggap memiliki 8 pemain import. Merujuk kepada pemain pemain asing termasuk pemain yang sudab menjadi naturalisasi di Indonesia — Marc Klok, Ezra Walian, Esteban Vizcarra, dan Victor Igbonefo.

Persib Bandung dianggap calon juara musim ini. Malah pegawai Persib Ba

Beberapa tim lawan menilai pasukan Robert Alberts ini pantas menjadi juara. Malah salah seorang pemegang saham PT Persib Bandung, Umuh Muchtar, berseloroh ‘keterlaluan’ kalau pasukan mereka tak juara musim ini.

Tekanan jelas ada pada pasukan mereka ketika ini. Tetapi Robert Alberts kekal tenang dan tidak mahu memikirkan perkara itu.

Beliau juga menyatakan tidak melayan sindiran dan kritikan umum kepada pasukannya yang dianggap tidak ‘fair play’.

“Saya tak tertekan sama sekali. Ada dua kategori pemain asing di sini. Jika melihat pemain seperti Victor Igbonefo, berapa lama dia sudah bermain di sini dan bila dia mendapatkan pasport Indonesia, itu sudah bertahun-tahun yang lalu,” jelas Robert Alberts.

“Jadi memang dia lahir di luar tapi gaya bermainnya sudah boleh kita katakan seperti pemain Indonesia. Begitu juga dengan Esteban Vizcarra, berapa lama dia berada di sini,” jelas beliau lagi.

Beberapa bulan lalu Persib Bandung menandatangani Marc Klok yang sebelum itu bermain untuk Persija Jakarta.

Pemain itu baru sahaja mendapatkan kewarganegaraan Indonesia.

“Jadi ok la, dia boleh dikatakan sebagai pemain import, tapi kami memasukan namanya berdasarkan regulasi pertandinga. Bermakna, status dia adalah pemain Indonesia yang sah didaftarkan sebagai lokal. Bisa dikatakan mereka pemain import, namun pada prinsipnya ia adalah sebaliknya.”