Pertarungan Antara Jantina: Pemain Elit Wanita vs Pemain Lelaki Ranking 1,145 Dan Ini Terjadi

Pada 2023, satu pertarungan antara pemain elit wanita dengan pemain di ranking bawahan ATP telah diadakan.

Prospek Mirra Andreeva menentang Yanis Ghazouani Durand, dalam aksi pertunjukan di 2023 Negometal Open de Bourg-de-Peage Perancis.

Mirra yang ketika itu berusia 16 tahun dberada di ranking ke-57 WTA dianggap pemain yang berada di kelompok elit.

Mirra yang berasa dari Rusia awalnya dijadualkan bertemu dengan pemain Ukraine, Marta Kotsyuk. Namun Marta menolak untuk berkongsi gelanggang dengan Mira yang beasal dari Rusia. Ini kerana konflik yang melanda kedua dua negara.

Awalnya, Marta mahu menentang Mirra dengan syarat dia tak akan berjabat tangan dengan pemain itu. Oleh kerana tentangan daripada media dan suara rakyat Ukraine, Marta menarik diri, Yanis Ghazouani Durand, yang menjadi satu satunya pemain tersedia di tempat tersebut untuk final itu.

Dan akhirnya Mirra setuju untuk menentang Durand.

Ghazouani Durand sebenarnya hanyalah sukarelawan di gelanggang pada hari itu namun dia adalah pemain tenis ATP.

Dia awalnya menganggap itu satu gurauan, dan kemudian pegawai pertandingan mengesahkan sendiri kepadanya. Dia menyahut cabaran itu.

Mirra awalnya menguasai lawannya itu, kerana pemain lelaki itu jelas tidak memiliki skil kemahiran sebaiknya.

Andreva digelar pemain remaja yang berada dalam 10 terbaik dunia pada kalendar tahun itu. Dan dia dalam prestasi terbaiknya.

Dia menguasai lawannya dengan kemahirannya yang lebih baik. Dia mulai melebarkan jurang mata dan mula merasa terlebih yakin akan memenangi perlawanan itu.

Malangnya, dia bakal dikejutkan dengan faktor lain. Kerana lama kelamaan, faktor fizikal dan stamina menjadi perbezaan.

Ghazouani menggunakan senjata servisnya yang lebih kuat untuk mengutip mata.

Mirra mulai keletihan sedangkan Ghouzani masih ada stamina yang banyak padanya. Ketika Mirra keletihan, Ghazouani mulai mengutip mata dan memenangi set pertama dengan skor 5-7.

Mirra kelihatan bergelut untuk menamatkan pusingan pertama kerana faktor perbezaan fizikal.

Ketika dia keletihan dia gagal melakukan skil atas gelanggang dan Ghazouani menggunakan kesempatan itu untuk menguasai lawannya.

Namun Mirra masih cuba memberikan yang terbaik demi maruah wanita di ranking elit berdepan lelaki di luar ranking 1,000.

Pada set kedua dia kehilangan tenaga. Hanya yang ada dia kelihatan mahu menamatkan pertarungan itu lebih cepat kerana dah tak larat. Akhirnya dia kalah 2-6 dalam masa 25 minit sahaja.

Dia tetap menerima kekalahan dengan terbuka dan bergegas berjabat tangan dengan lawannya untuk ucap tahniah.

Walaupun kalah, dia tetapi dinobatkan juara untuk acara wanita. Perlawanan tadi tak ubah untuk menghiburkan peminat yang hadir selepas membeli tiket.

Ghazouani selepas tamat permainan telah memanjatkan rasa terima kasih dapat berkongsi gelanggang dengan pemain WTA elit Wanita.

Dia menyatakan dia tidak memandang rendah lawannya itu, dan mengakui Mirra mungkin keletihan kerana banyak bermain dalam aksi terdahulu.

Ghazouani turut mendedahkan di pusat latihan adalah perkara biasa untuk pemain berlawan dengan pemain berlainan jantina. Dan ianya sentiasa tidak mudah.

Baca yang lain