Darwin Nunez menjaringkan gol pada minit ke-99 untuk memberikan The Reds kemenangan penting 1-0, dan Clattenburg, yang bekerja sebagai perunding pengadil Forest, merasakan keputusan itu salah.
Paul Tierney, pengadil yang mengendalikan perlawanan, telah menghentikan perlawanan kerana kecederaan kepala yang dialami oleh Ibrahima Konate, manakala Forest menguasai bola ketika itu.
Bagaimanapun, apabila permainan dimulakan semula, Tierney memberitahu Liverpool untuk meneruskan permainan, bukannya menendang bola kembali ke Forest. Nunez kemudian menjaringkan gol beberapa saat kemudian, yang mengecewakan bekas pengadil itu.
Dia menegaskan bahawa gol Nunez itu adalah tidak sah. Malangnya pengadil memberikannya kepada lawan.
Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mirror, dia berkata: “Sebagai sebuah kelab, Forest merasakan ada satu atau dua keputusan yang merugikan mereka – Newcastle United, West Ham – keputusan yang telah diakui oleh PGMOL sebagai salah dan hari ini adalah satu lagi contoh di mana peraturannya agak jelas.
“Sekiranya pengadil terpaksa menghentikan perlawanan kerana kecederaan kepala jika dia merasakan ada insiden, dia berhak untuk menghentikannya. Bagaimanapun, bola mesti kembali kepada pasukan yang menguasai bola. Dan Nottingham Forest jelas dalam penguasaan bola.
Nottingham Forest 0-1 Liverpool: Referee analyst Mark Clattenburg bemoans officiating for Darwin Nunez winner https://t.co/MtZpKLrzvu
— BBC News (UK) (@BBCNews) March 2, 2024
“Dia melakukan perkara yang sama pada separuh masa pertama, tetapi situasinya jelas berbeza. Bola lebih dekat ke kotak penalti dan Nottingham Forest berada berhampiran bendera sudut.
“Nottingham Forest sepatutnya mendapat bola semula. Sebaliknya, Liverpool mendapat bola. ke hadapan dan menjaringkan gol.”
Keputusan ini memberi impak besar di kedua-dua hujung kedudukan. Liverpool kembali di tangga teratas, manakala Forest kini berada di tempat ke-17, empat mata dari zon penyingkiran. Maka tidak hairanlah mereka marah dengan keputusan itu, dengan Steven Reid, jurulatih Forest, dibuang padang selepas perlawanan kerana membantah Tierney dengan lantang.
Seterusnya pemilik kelab, Evangelos Marinakis turun ke padang untuk mengecam Tierney dan mengejarnya sampai ke terowong sambil memberitahu pengadil: “Berapa kali benda ni harus terjadi, hormatlah pada pemain, hormati pemain.”
Clattenburg menjadi tajuk sensasi beberapa minggu lalu apabila menerima jawatan sebagai pakar perunding dan penganalisis mutu pengadilan. Ini selepas Forest mendakwa mereka beberapa kali menjadi mangsa kesilapan pengadil.
Pelantikan itu dikritik Gary Neville yang menganggap Forest seperti seorang bayi yang merengek selepas kalah. Sambil mempersoalkan apa tugas Clattenburg di Forest? Adakah dia menjadi pegawai pengungkit kesalahan pengadil.
Komen Neville itu dibidas semula Clattenburg yang menegaskan bahawa, tempat Neville bekerja, Sky Sports sendiri melantik bekas pengadil untuk menganalisis mutu pengadilan dan memberikan kefahaman kepada umum tentang sesuatu keputusan. Kenapa dia menganggap jawatan itu benda pelik?
Forest akan beraksi menentang Brighton hujung minggu depan. Liverpool pula akan menentang Sparta Prague dalam pusingan 16 terakhir Liga Europa sebelum menentang Manchester City dalam perlawanan penting untuk merebut kejuaraan liga musim ini.