PES 2021: Bila Dikeluarkan, Konsol Permainan Dan Maklumat Pasukan Yang Dilesenkan

Konami sudah bersedia untuk melancarkan eFootball Pro Evolution Soccer 2021 – PES 2021 – selepas kejayaan luar biasa PES 2021.

PES 2021 adalah permainan yang penting bagi Konami dalam usaha mereka mahu mengatasi FIFA yang terus menjadi permainan video bola sepak paling popular.

Bila akan dikeluarkan?

PES 2021 dijangka akan dikeluarkan pada awal September 2020.

Kebiasaannya mereka konsisten dengan polisi di mana PES akan keluar dua minggu lebih awal daripada FIFA.

Sementara itu FIFA 21 dijangka akan dikeluarkan pada akhir September.

Demo untuk PES2021 akan menemui para peminat pada Julai.

Namun begitu, sudah pastinya isu kesihatan global ketika ini akan mempengaruhi kerja-kerja pelancarannya.

Harga

Harga untuk PES2021 dijangka akan dijual sekitar £50 di UK dan $60 di Amerika Syarikat.

Pada 2019, Konami meletakkan tanda harga PES2020 pada harga jualan £47.99 di UK dan $59.99 di AS. Harganya sedikit lebih murah daripada FIFA.

Edisi Legend pada PES2020 yang menampilkan Ronaldinho sebagai Cover mendapat sambutan liar biasa. Di mana ianya dijual £59.99 di UK dan $79.99 di U.S.

Lesen dalam PES 2021

Sejak dari dulu lagi isu perlesenan pasukan dan liga menjadi subjek utama yang mempengaruhi pembeli dan peminat permainan video bola sepak.

Malah ada yang menjadikannya bahan banter kepada PES.

Namun dalam beberapa tahun kebelakangan jni, semakin banyak liga dan pasukan besar yang dilesenkan.

Dalam edisi sebelum ini, PES berjaya menarik beberapa pasukan sebagai pasukan yang dilesenkan termasuk Juventus, Barcelona Dan Manchester United.

Barcelona masih lagi kekal rakan rasmi PES selepas mereka menandatangani perjanjian empat tahun dengan Konami pada 2019.

Namun satu lagi pasukan yang akan menjadi pasukan penting dalam PES 2021 adalah Juventus selepas bolehkah berjaya membuat perjanjian jangka panjang dengan Konami pada 2019.

Hak ekslusif ke atas Juventus oleh Konami membuatkan FIFA terpaksa meletakkan nama ‘Piemonte Calcio’ pada FIFA 20 untuk Juve.

Dan dijangka keadaan itu akan kekal pada FIFA 21.

Selain itu, Arsenal turut menjadi antara kelab yang akan mendapat lesen rasmi selepas menandatangani perjanjian pada 2019.

Berikut adalah senarai pasukan yang mendapat lesen rasmi dalam PES 2021.

Konsol yang boleh digunakan untuk bermain PES 2021

Pes 2021 boleh diamalkan dinPS4, Xbox One dan PC.

Konami juga sedang berusaha untuk mencipta satu versi khas untuk PS5 dan Xbox Series X.

Namun untuk pengguna PS5, sebelum ini Sony sudah menyatakan banyak game dari konsol PS4 yang disokong pada PS5. Cuma tak ada pengesahan untuk PES 2021.

Bila pra tempah ?

Gamers dijangka akan boleh membuat pra tempah bermula pada Jun ataupun awal Julai.

Biasanya untuk pra tempah, korang akan mendapat diskaun sekitar $5.

Banyak keistimewaan jika anda membuat pra tempah termasuk akses awal kepada permainan PES2021.

Rujukan: Goal

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi