PES 2021: Lesen Inter & AC Milan Expired

Konami mengemaskini maklumat rasmi pertama mereka tentang permainan PES2021.

Di mana mereka mengesahkan bahawa Inter Milan tidak akan menjadi sebahagian daripada pasukan yang berlesen dengan mereka.

Ternyata perang pelesenan kelab di dalam permainan PES dan FIFA terus menjadi antara topik paling hangat.

Konami dalam kenyataan mereka berkata:

“Terima kasih kerana bermain eFootball PES 2020 dan sokongan berterusan dari anda semua.”

“Kontrak pelesenan kami dengan FC Internazionale Milano tidak akan diperbaharui.”

“Namun representasi kelab ini tidak akan memberikan kesan kepada eFootball PES 2020.”

“Ini juga tidak akan mempengaruhi pemain pemain di myClub yang boleh digunakan seperti biasa di dalam permainan.”

“FC Internazionale Milano telah menjadi salah satu jenama terkuat dalam siri PES dan kami mengucapkan yang terbaik kepada kelab mereka di masa akan datang.”

“Mengorak langkah ke hadapan, kami akan terus menguatkan lagi kerjasama dengan rakan kongsi sedia ada dan mewujudkan hubungan baharu dalam usaha untuk memberikan pengalaman permainan eFootball yang terbaik.”

“Terima kasih sekali di atas sokongan serta memahami keadaan.”

Selain itu, PES turut menyatakan perkara yang sama tentang lesen AC Milan yang tidak akan diperbaharui.

Pasukan mana yang bakal menjadi pengganti kepada Inter Milan atau AC Milan?

Ramai yang sudah menjangka bahawa Atletico Madrid akan menjadi rakan baharu PES.

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang