Berita suka dan duka oleh kem Malaysia dalama eSukan Malaysia pada hari ini.
Dua wakil Malaysia di kejohanan dunia eFootball Open PES2020 mengakhiri kempen masing masingd di peringkat kumpulan dan separuh akhir.
Ahmad “Maul” Muazz berjaya mara sehingga ke separuh akhir. Manakala seorang lagi wakil eSukan Malaysia Ahmad “Dragon” Yazid kandas di peringkat kumpulan – yang disifatkan sebagai kumpulan maut.
Dalam kenyataan beliau menerusi Facebooknya, Yazid Dragon menyatakan: “Ianya suidah berakhir. Saya sudah mencuba segalanya untuk menang. Finale Dunia ini ternyata pentas yang berbeza.|
“Para pemain, dan tekanan sangat sangat kuat. Saya tewas di peringkat kumpulan di tangan juara Dunia eFootball Open PES2020 World Finals.”
“Rasanya saya agak tak bernasib baik sebaik sahaja saya berada di dalam kumpulan maut.”
“Saya hampa kerana gagal membawa kejuaraan untuk Malaysia, namun dalam pada masa yang sama, saya bangga dengan pencapaian dan peluang untuk bermain di pentas besar yang sebenar, berhadapan dengan juara dunia. Ini adalah pengalaman yang hebat.”
“Maafkan saya Malaysia. Saya dah lakukan yang terbaik. Namun ianya tak cukup lagi. Dalam perkembangan yang lain, rakan senegara saya berjaya menempatkan diri di separuh akhir untuk memenangi USD7,500.00. Dan saya pula membawa pulang USD2,000.00.”
“Dalam beberapa bulan ini, saya dirahmati dengan rasa sayang daripada ramai orang Malaysia. Terima kasih. Saya akan bangkit lebih kuat pada masa akan datang InsyaAllah.”
Yazid Dragon tekad untuk bangkit
Ketika ditanya tentang pengalaman berhadapan dengan lawan lain yang berkelas dunia, Ahmad Yazid berkata:
“Opponent level Dunia lain macam. Mereka tak melakukan kesilapan dan doleh dikatakan perfect.”
“Sangat bagus ketika bertahan dan menyerang. Cepat untuk beradaptasi dengan strategi dan formasi lawan. Tambahan pula, diorang semua otai yang dah biasa sangat ada kat World Levels.”
“Tu beza yang paling ketara. Faktor pengalaman yang jauh berbeza. Saya pertama kali masuk World Finals – begitu juga dengan Maul.”
Akhir sekali Yazid menyatakan beliau berharap selepas ini pasukan Malaysia akan menguasai dunia. Dan pada masa yang sama berharap agar PESMY (PES Malaysia), MESF dan Kementerian Belia dan Sukan dapat berganding bahu dalam membangunkan atlet Pro Evo.
“Di masa akan datang, diharapkan boleh bawa nama negara ke pentas dunia sekali lagi. Dan next time, kita conquer dunia! PESMY berharap agar MESF & KBS dapat bekerjasama dengan kami untuk menghasilkan lebih ramai pemain yang berkualiti.”
Apapun syabas kepada kedua duanya yang berjaya mara ke World Finals.
Berbanggalah!