Khabib Nurmagomedov dan Justin Gaethje terus mengekalkan semangat kesukanan mereka.
Walaupun di atas gelanggang mereka musuh, namun selepas tamat pertarungan kedua duanya saling menghormati.
Gaethje menenangkan Khabib selepas pertarungan walaupun dia dikunci oleh petarung itu di pusingan kedua.
Gaethje melihat lawannya itu sangat emosi kerana terkenangkan arwah ayahnya.
Nurmagomedov kemudian menyatakan alasannya untuk bersara kerana janjinya kepada ibunya bahawa ini pertarungan terakhirnya tanpa ayahnya berada di sisinya.
Dengan ketiadaan ayahnya kini, Khabib mahu lebih dekat dan menjaga ibunya di Rusia.
Sebelum pertarungan, kedua duanya tidak ada trash talks yang mengutuk satu sama lain termasuk melibatkan isu sensitif seperti agama, negara dan keluarga.
Ketika sesi face off, Khabib dan Gaethje tegas namun tetap tidak memprovokasi lawan mereka. Ramai memuji kedua duanya.
Berbalik kepada apa yang berlaku selepas pertarungan, Khabib Nurmagomedov mengumumkan persaraannya.
Khabib kemudian memohon kepada Gaethje agar pertarung itu terus rapat dengan ibu bapanya. Ini kerana sebelum pertarungan Khabib ada mendengar petarung itu menyebut ibunya.
Khabib suka dengan sikap Justin yang rapat dengan keluarganya walaupun sudah berada di pentas tertinggi sekalipun.
Dia berkata: “Terima kasih banyak Justin. Pada tahun 2016 saya ingat, ketika saya mengurangkan berat badan, kamu banyak membantu saya. Terima kasih saudaraku.”
“Saya tahu anda seorang yang hebat dan saya tahu bagaimana anda menjaga orang-orang terdekat anda [keluarga].”
“Saya tahu banyak perkara mengenai kamu.”
“Terus dekat dengan ibu bapa kamu kerana kamu tak tahu apa yang akan berlaku suatu hari nanti.”
"Be close with your parents. You never know what will happen tomorrow."@Justin_Gaethje's one request ahead of #UFC254 was to share it with his parents.
Beautiful words from @TeamKhabib for his opponent ❤️ pic.twitter.com/ATaoXqV23y
— UFC on BT Sport (@btsportufc) October 24, 2020
“Kamu tidak pernah tahu apa yang akan terjadi esok, kamu tidak akan tahu.”
Sebelum pertarungan, Gaethje pernah bertekad, jika menang beliau mahu menggunakjan wang PPV untuk membantu ibunya yang bersusah payah membesarkannya dan adik adiknya.
Petarung berusia 31 tahun itu juga mendedahkan bahawa dia akan memaksa ibunya untuk bersara setelah pertarungan malam tadi.
Dia berkata: “Ketika pertarungan ini dimulakan, ketika loceng itu berbunyi di awal maka saya akan memastikan bahawa dia akan mengundurkan diri dari alam pekerjaan setelah pertarungan ini.
“Dia berada di sana [di tempat kerjanya] selama 35 tahun.”
Gaethje sendiri masih tak percaya bahawa beliau akan bertarung di pentas perebutan kejuaraan dunia berdepan dengan juara bertahan di dalam kariernya.
Beliau sebelum ini menewaskan Tony Ferguson untuk menempah tiket ke pertarungan perebutan kejuaraan penuh.
Gaethje juga kemudian mengambil kesempatan menyatakan simpatinya kepada Khabib di atas kehilangan ayahnya yang tersayang.
“Saya tak pernah ada peluang nak cakap dengan kamu, tetapi saya tumpang sedih di atas kehilangan yang kamu rasai.”
“Kamu baru saja membuatkan ayah kamu benar benar bangga.”
"I haven't had the chance to tell you, but I'm so sorry for your loss."
"You just made your father really proud!" ♥️@Justin_Gaethje is nothing but a class act. He told @AdamCatterall what he said to Khabib after the fight 👏 pic.twitter.com/km8rHmOTlR
— UFC on BT Sport (@btsportufc) October 24, 2020
Dana White puji pertarungan bersih
Sebelum pertarungan, presiden UFC, Dana White, pertarungan seperti Khabib Nurmagomedov vs Justin Gaethje adalah jarang berlaku.
Beliau menegaskan pertarungan kali ini benar benar ada unsur kesatuan di antara kedua dua petarung.
“Ianya bersatu sesekali,” kata White pada sidang akhbar yang diadakan pada hari Rabu.
“Bukan salah satu pertarungan di mana kedua-duanya perlu saling berteriak dan melakukan semua ini.”
“Orang tahu siapa kedua-dua mereka ini. Mereka tahu apa yang mereka berdua mampu lakukan, dan itulah sebabnya pertarungan ini sangat besar. ”
Tidak ada anak patung kali ini yang dilemparkan melalui tingkap bas. Tidak ada ahli penghinaan ke arah keluarga mahupun menghina agama dan kaum.
Malah kedua dua petarung sangat tenang dalam sesi face off.
FOR THE UNDISPUTED TITLE.
🏆 @TeamKhabib vs 🏆 @Justin_Gaethje
[ #UFC254 – LIVE on #ESPNPlus PPV: https://t.co/sO1r9pAolh ] pic.twitter.com/62R0VjZQIE
— UFC (@ufc) October 21, 2020
Ketika sesi bergambar dengan bengkung kejuaraan, Justin Gaethje meminta pembantunya mengambil bengkung kejuaraan sementara miliknya.
Nurmagomedov menyatakan seharusnya Gaethje tidak perlu rasa malu untuk bergambar dengannya kerana dia juga seorang juara.
Ianya selepas Gaethje menyatakan bengkung yang ada padanya bukan yang sebenar.
Justin kemudian memberitahu Nurmagomedov bahawa dia mahukan yang ada pada Khabib sekarang.
Sebelum ini, selepas menang ke atas Tony Ferguson, Gaethje menolak untuk membawa pulang bengkung kejuaraan itu. Dia berkata, dia hanya akan memakai bengkung kejuaraan sebenar.
Justin Gaethje wants Khabib’s lightweight title, not the interim title he won in May 🏆 👀 @espnmma pic.twitter.com/8CZ22mc5Tk
— SportsCenter (@SportsCenter) October 21, 2020
Tanpa kebencian dan trash talks
Tanpa kebencian di sebalik pertarungan mereka, kedua Nurmagomedov (28-0 MMA, 12-0 UFC) dan Gaethje (22-2 MMA, 5-2 UFC) masih mempunyai faktor pendorong yang kuat.
Bagi pencabar dan juara ringan UFC sementara Gaethje, dia didorong oleh penyokong fanatik dan sangat dekat dengannya, mereka yang berada di sebuah bandar yang berjumlah sekitar 9,500 orang.
“Saya tidak pernah menyangka seorang kanak-kanak dari Safford, Arizona akan mendapat peluang ini, terutama di seluruh dunia di Abu Dhabi,” kata Gaethje.
“Lihat betapa indahnya tempat ini. Saya tidak pernah ke tempat seperti ini sebelumnya. Saya tidak sepatutnya berada di sini. … Jadi ya, ini sangat besar bagi saya. Sangat besar untuk keluarga saya, besar untuk negara saya, sangat besar untuk bandar kecil Safford, Arizona. Saya sangat bangga dengan itu. “