Malaysia ke final Pestabola Merdeka 2024 dengan aksi kebangkitan ke atas Filipina. Ini adalah perlawanan debut untuk Pau Marti sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya setelah mengambil alih daripada Kim Pan Gon.
Pau Marti menurunkan kesebelasan terkuatnya walaupun terpaksa kehilangan khidmat Faisal Halim yang masih dalam proses pemulihan.
Aksi berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang agak lenggang dengan penyokong tidak ramai hadir.
Malaysia terlebih dahulu ketinggalan dalam perlawanan ini menerusi gol oleh Jefferson Tabinas pada minit ke-27. Percubaan itu terbias kuat pada kaki Feroz Baharudin.
Malaysia ketinggalan pada minit 27 selepas jaringan sendiri Feroz Baharudin.#PestaBolaMerdeka #HarimauMalaya pic.twitter.com/XBlmMmRZvm
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 4, 2024
Respon Malaysia selepas ketinggalan wajar dipuji. Syamer Kutty Abba yang turut bertanggungjawab di atas gol Filipina, telah menebus kesilapannya dengan gol cantik dari luar kotak penalti sebelum rehat separuh masa.
Gol itu memastikan Malaysia dan Filipina masuk ke bilik persalinan dengan skor 1-1.
Syamer Kutty Abba 🔥
Pemain tengah itu menyamakan kedudukan di Stadium Bukit Jalil!#HarimauMalaya #PestaBolaMerdeka pic.twitter.com/QPRmaozH6w
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 4, 2024
Pada separuh masa kedua Malaysia melengkapkan kebangkitan mereka dengan gol kemenangan oleh Safawi Rasid menerusi sepakan penalti.
Penalti diberikan pengadil setelah Arif Aiman dibentes dengan bentesan cuai di dalam kotak penalti.
2-1 buat Malaysia! 🇲🇾
Pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat Malaysia selepas Arif Aiman dijatuhkan di dalam kotak penalti. Safawi Rashid mudah menyempurnakan sepakan penalti itu.#PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/nYt0ZeARDC
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 4, 2024
Safawi Rasid menunjukkan bahawa dia adalah pakar sepakan penalti yang masih boleh harap untuk tugasan itu.
Malaysia menguasai 57% perlawanan secara keseluruhan. Namun Filipina jelas memberikan tentangan kepada Malaysia dalam perlawanan ini.
Secara statistik dari segi percubaan, Malaysia melakukan 12 percubaan ke gawang Filipina dengan 5 daripadanya tepat. Sementara Filipina turut memiliki 4 percubaan tepat daripada 7 percubaan sahaja
Malaysia akan bertemu dengan Lubnan dalam aksi final Pestabola Merdeka. Ini selepas Lubnan menewaskan juara bertahan Tajikistan. Aksi final berlangsung Ahad ini pada 8.30 malam.
Keputusan Masa Penuh
Separuh Akhir • Pestabola Merdeka 2024 | Rabu, 4 September 2024
MALAYSIA 🇲🇾 2-1 🇵🇭 FILIPINA
⚽️ Syamer Kutty Abba 43' Safawi Rasid 73' (P)
⚽️ Jefferson Tabinas 27'▶️ Malaysia ke Final bertemu Lubnan, Ahad ini#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/hbGqWgYWlW
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 4, 2024