Peta Gol Roberto Carlos Ini Sangat Luar Biasa, Gol Berdepan Tenerife Dari Garisan Hujung Padang

Satu peta gol Roberto Carlos didedahkan oleh laman statistician Gegenpressing91. Dan ianya sangat luar biasa. Di mana Carlos menewaskan penjaga gol dari semua arah. Dan kebanyakan gol beliau adalah versi screamer dan peluru.

Jika anda perhatikan di bawah ini, warna kuning itu adalah gol menerusi bola mati/ sepakan percuma. Ada satu indirect freekick dalam kotak penalti yang mustahil untuk penjaga gol selamatkan. Kerana terlalu laju.

Saksikan di sini gol itu:

Ini adalah catatan peta gol oleh Carlos di dalam kariernya:

Satu gol ditanda berdekatan dengan tiang penjuru itu adalah gol outswinger yang dia buat ketika berdepan dengan Tenerife. Di mana Carlos mengejar bola yang hampir keluar dan kemudian merembat kilas.

Dan paling legend adalah gol UFO menewaskan Fabian Barthez dengan lencongan yang dianggap mencabar hukum fizik.

Roberto Carlos seringkali dianggap sebagai bek kiri terbaik sepanjang zaman. Kerana keupayaan beliau menjaringkan gol, mencipta dan bertahan. Bahkan, Carlos dianggap pemain yang membuatkan semakin ramai generasi baharu mulai berminat bermain posisi fullback, yang sebelum ini dianggap tak ‘cool’.

Ini antara assist tercantik Roberto Carlos di dalam kariernya:

Sepakan percuma Carlos sangat deras. Dan ramai pemain profesional sendiri menyatakan mereka hanya berserah kepada Tuhan ketika terpaksa ditugaskan menjadi benteng pertahanan ketika sepakan percuma diambil Carlos.

Beliau boleh menewaskan penjaga gol dari jarak yang sangat jauh. Lihat gol ini ketika berdepan Gremio:

Sudah pastinya Roberto Carlos adalah antara pemain paling berjaya dalam kariernya termasuk pernah memenangi Piala Dunia serta banyak kejayaan di peringkat kelab terutama sekali dengan Galaticos.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil