Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ada idea tersendiri untuk menyokong kempen duduk di rumah / stay at home ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada ketika ini.
Keretapi Tanah Melayu Berhad telah memuat naik satu lakaran peta laluan khas yang menunjukkan di mana hentian yang penumpang boleh turun ketika PKP.
KTM kini sedang mengurangkan operasinya bagi membantu mengurangkan pergerakan orang ramai.
Ada beberapa laluan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Jadi, kepada korang yang ada keperluan untuk keluar dan nak pakai KTM, pastikan korang semak sebaiknya dahulu informasi perjalanan ye.
Laluan khas PKP
KTM telah memuat naik peta dengan laluan diberikan nama: “Stay Home Route Map” / “Rajah Laluan Duduk Rumah” yang menggantikan beberapa nama hentian sebelum ini.
Dalam rajah tersebut, terdapat stesen hentian:
- bilik tidur
- laptop
- balkoni
- dapur
- tingkap
- tandas
- atas sofa
- peti ais
- depan tv
- bilik tidur
KTM kemudian bertanya: “Stesen mana mana yang korang selalu pergi waktu Perintah Kawalan Pergerakan ni?”
“Mesti Stesen Dapur kan”
Kreativiti pengendali media sosial KTMB ini telah mencuit hati netizen. Dan rata rata memilih stesen dapur yang paling popular.
Ada juga yang memberikan komen bahawa mereka terpaksa mengawal diri daripada kerap melaukan hentian di dapur selepas ini.
Malah ada juga komen yang berseloroh menyatakan bahawa, selepas ini, si ibu terpaksa menghadkan pergerakan ke dapur dengan melakukan lockdown di dapur.
Mana satu stesen korang paling banyak stop ye?
PKP dilanjutkan
Perintah kawalan pergerakan di Malaysia telah dilanjutkan 2 minggu lagi. Sepatutnya berakhir pada hari ini untuk fasa kedua.
Namun, atas nasihat pakar perubatan, PKP dilanjutkan ke fasa tiga sehingga 28 April ini.
Keingkaran dan ketidakpatuhan ke atas PKP adalah salah di sisi undang undang.
Sekiranya didapati bersalah, boleh disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).
PKP ini sangat penting dalam membantu kita memutuskan rantaian jangkitan virus covid-19 yang terus mengganas di dunia ketika ini.
PKP adalah asas kepada social distancing. Covid-19 adalah wabak yang berjangkit menerusi sentuhan. Ianya sangat mudah merebak walaupun dengan kontak yang minima.
Sentiasa cuci tangan korang dengan sabun atapun cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) dan pakai topeng muka, terutama sekali kalau korang demam dan batuk.
Semalam KKM mengemaskini maklumat tentang kematian terbaru kerana covid-19. Ini menjadikan jumlah kematian di Malaysia kerana Covid-19 seramai 77 orang ketika ini.
#COVID19Malaysia 1 kematian terbaharu dilapor menjadikan keseluruhan 77 kematian atau 1.6%. pic.twitter.com/MOJwIXgN6U
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) April 13, 2020
Setakat 13 April terdapat 134 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 4,817 kes. 2,464 daripadanya adalah kes yang aktif, dengan 66 orang sedang dirawat di unit rawatan rapi. 36 daripadanya dengan alat bantuan pernafasan.
Namun berita baiknya, ada 2,276 kes yang berjaya sembuh setakat ini menjadikan jumlah kes yang sembuh adalah 42.74%.