Petani Ini Tertanam Mangga Termahal Di Dunia, Terpaksa Upah 4 Bodyguard Dan 6 Anjing Menjaganya

Dua orang petani secara tidak sengaja menanam ‘mangga termahal di dunia’ dan kini memerlukan pasukan keselamatan khas untuk melindungi manga manga mereka.

Sankalp Singh Parihar, dari India, menaiki keretapi ke Chennai beberapa tahun yang lalu ketika seorang penumpang bertanya kepadanya adakah dia mahukan anak pokok mangga berharga Rs 2,500 (sekitar RM140).

Dia yang ketika itu hanya bersetuju setelah terberjanji telah pergi ke tempat tersebut. Tiba di sana Sankalp melihat manga tersebut benar benar berbeza dengan manga yang lain. Namun dia tidak tahu la berapa sebenarnya nilai manga itu nanti.

Bercakap kepada Vice, dia berkata: “Saya tidak tahu apa jenis mangga itu tetapi saya menamakannya sebagai Damini selepas ibu saya dan menanamnya.”

“Saya menanamnya sebagai tanaman mangga biasa, tetapi beberapa bulan kemudian, saya melihat bahawa ia telah menghasilkan warna merah yang indah.”

Selepas ramai melihat keunikan manganya, ramai yang menawarkan harga tinggi kepadanya.

“Hanya ketika mereka menawarkan saya lebih dari 21,000 Rs (RM1,180) sebiji. Lalu, saya menyedari bahawa ia adalah sesuatu yang berharga,” katanya kepada VICE.

Ternyata mangga yang Parihar beli dari orang asing di kereta api adalah sesuatu yang disebut mangga Miyazaki, yang telah diketahui dijual dengan harga ribuan ringgit dan seringkali dilelong khas di Jepun.

Menurut laporan, buah itu berasal dari wilayah Miyazaki di pulau Kyushu di selatan Jepun. Mangga tersebut juga disebut ‘Egg of the sun’ yang pernah dijual sekitar $4.5k ataupun RM18.73k  sekotak pada 2019.

Parihar menyatakan, dia mendapati di Jepun sebenarnya, tidak mudah menjaga mangga tersebut. Di mana ianya harus ditanam dalam keadaan tertentu, menggunakan jaring untuk menggantungnya di, untuk memastikan kandungan gula tepat dan berat masing-masing sekurang-kurangnya 350 gram.

Namun Parihar sudah tahu cara menanamnya di India dengan kos yang lebih rendah. Menyedari dahulu dirinya mendapat rezeki dikongsi oleh orang lain, Parihar turut mahu rakan rakan dan orang India yang lain berpeluang menanam mangga itu.

Dia berkata: “Oleh kerana saya tidak tahu jenis mangga ini, saya menanamnya seperti saya akan menanam jenis India biasa seperti mangga lain.”

“Matlamat saya adalah bahawa setiap isi rumah India harus dapat mangga ini [kerana ianya berharga].”

“Di Jepun, harganya mahal kerana ditanam di persekitaran yang mahal. Di India, namun di sini, kita sebenarnya dapat menanamnya secara semula jadi dan mengurangkan kosnya.”

Menanam buah mewah seperti itu ternyata mengundang risiko. Setelah buah mangga Parihar dilaporkan oleh media, pencuri mulai masuk ke ladangnya dan mencuri lebih sedozen.

Akibatnya, dia sekarang menggunakan pasukan keselamatan khas untuk melindungi 52 biji mangga yang dia miliki sekarang.

Dia berkata: “Tahun lalu, setelah saluran berita tempatan melaporkan bahawa kita mempunyai mangga ini, seorang pencuri masuk dan mencuri 14 buah mangga.”

“Jadi sekarang, kami telah mengupah sepasukan pengawal dan membayar mereka Rs 8,000 (RM450) setiap bulan.

“Saya lebih rela membayar keselamatan daripada kehilangan mangga ini, yang bagi kita ianya lebih berharga daripada wang.”

Kini sistem keselamatan mereka ada 4 pengawal keselamatan dan enam ekor anjing German Shepherd.

Menambah: “Ini adalah ‘anak; kami dan fokus kami sekarang adalah untuk terus memelihara mannga mangga ini dan menggunakan biji buah-buahan ini untuk menanam yang baru,”