Petarung MMA Rusia Ini Tuduh Tyson Ambil Dadah Untuk Dapat ‘Shape’ Bukannya ‘Workout’

Petarung Bellator, Sergei Kharitonov, secara terbuka telah menuduh Mike Tyson mengambil steroid untuk mendapatkan bentuk badannya yang ada sekarang.

Sergei menganggap bentuk badan Tyson itu adalah hasil daripada ubatan terlarang. Kalau tak mustahil pada usia 53 tahun Mike Tyson mampu membentuk badannya sebegitu rupa.

Bulan lalu, Tyson, 53, mengumumkan niatnya untuk mengambil bahagian dalam pertarungan pertunjukan amal dengan format tiga atau empat pusingan.

Mantan juara kelas berat itu sejak itu telah memuat naik beberapa rakaman latihan yang mengagumkan menjelang kemunculan semula yang sangat dinanti-nantikan, dengan khabar angin kemungkinan besar akan ada rematch menentang Evander Holyfield.

Malah, diyakini kedua dua petinju itu sedang dalam perbincangan mengenai pertembungan sensasi pada bulan November.

Ramai teruja dengan shape badan Mike Tyson dan tidak sabar menantikan kemunculan semula petinju legenda itu.

Namun tidak untuk petarung dari Rusia iaitu Kharitonov, yang mendakwa ‘Iron Mike’ pasti akan menjadi petinju pilihan dalam petarungan itu nanti kerana dia mengambil steroid.

Mike Tyson beberapa minggu lalu sudah menyatakan beliau menukar segala dietnya secara drastik dan berusaha untuk mengawal aktiviti hariannya.

Oleh itu Tyson berjaya mendapatkan berat badan dan shape yang beliau kehendaki. Khyrunov tidak percaya dengan kenyataan Tyson itu. Kerana beliau yakin Iron Mike mengambil dadah.

‘Jangan nak menipu, itu adalah steroid’

“Dia telah mengambil dadah untuk membentuk badannya. Tapi tidak mengapa. Kerana tidak akan ada kawalan doping dalam pertarungan itu nanti,” kata Kharitonov melalui RT.

“Dia mengambil testosteron, dan sejenis produk kesihatan. Saya tidak ada niat langsung nak marah atau sakit hati kepada Tyson di sini untuk perkara itu.”

“Dia berusia 53 tahun. Bagaimana lagi dia boleh menjadikan badannya dalam shape terbaik seperti itu? Hanya pada steroid, tidak ada pilihan lain.”

Petarung Bellator dari Rusia yang memiliki rekod MMA 30-7, terus berkongsi mengenai pengalaman peribadinya ketika mengambil ubat-ubatan meningkatkan keupayan fizikal semasa dia berada di kem tentera.

“Adakah saya pernah mengambil supplement tambahan? Di tentera dulu, ya. Ketika semua orang mencuba semua tablet yang berbeza,” tambahnya.

“Pada tahun ketiga atau keempat saya, ketika semua orang berlatih menaikkan berat badan, rakan-rakan saya telah membawa nandrolone. Saya menyuntik diri, agar kelihatan baik, mempunyai badan yang baik. Saya ingat otot saya masa tu seperti batu.”

“Saya melihat ke arah cermin dan menyedari itu bukan untuk saya. Saya berhenti memikirkannya dan tidak lagi pernah berniat untuk memiliki badan itu lagi.”

“|Pertama, itu tidak bagus bagi anda. Kedua, ia tidak sah [dalam sukan].”

Bulan lalu, Kharitonov mengejutkan pengikutnya setelah mengaku telah menerima tawaran untuk menentang Mike Tyson dari penganjur tinju Rusia, Vladimir Khryunov.

Dalam catatan di akaun Instagram rasminya, pemain berusia 39 tahun itu bercakap dengan lebih terperinci mengenai tawaran itu.

Impian nak lawan idolanya masa kecil

“Pagi ini saya mendapat panggilan daripada Vladimir Khryunov, yang menawarkan saya perlawanan tinju dengan petinju legenda Mike Tyson.”

“Saya tidak pernah bermimpi untuk menghadapi Tyson. Pada masa kecil saya, saya adalah peminatnya dan dia adalah idola saya,” katanya.

“Saya rasa jika kami bertarung dalam peraturan tinju, kami akan memberikan aksi pertarungan hebat, menunjukkan teknik yang hebat dan mengumpulkan ramai peminat tinju dan sukan ini akan menjadi lebih popular di negara kita.”

“Oleh itu, saya menerima panggilan itu. Mara ke depan sahaja! Saya akan menunjukkan kepada anda gaya cap dagang saya, yang akan saya cuba ulangi dalam pertarungan itu nanti.”

Namun selepas itu dilaporkan Mike Tyson lebih mempertimbangkan Evander Holyfield.

Jika benar pertarungan di antara Khyrunov dan Tyson direalisasikan, ia pasti panas selepas komen beliau ke atas Iron Mike.