Petarung Venezuela Ini Hina Ronda Rousey: “WWE Adalah Satu Penipuan, Jom Berlawan Dengan Saya”

Perjalanan Ronda Rousey dalam seni mempertahankan diri campuran / MMA telah mendapat tempat di Dewan Kemasyhuran UFC. Sebabnya, dia antara wanita terawal bertanding di peringkat tertinggi.

Dana White menganggap Ronda Rousey sebagai tokoh penting dalam menaikkan nama UFC sehingga ke pentas ianya ada hari ini.

Namun sayangnya, selepas tewas dalam dua pertarungan berturut turut, dia memilih untuk meninggalkan oktagon untuk memulakan fasa baru dalam kariernya dengan menyertai gusti profesional WWE.

Bagaimanapun, Julianna Peña, juara bantamweight UFC, percaya bahawa kerja keras yang menjadikan gladiator Riverside itu juara wanita pertama dalam kategori itu telah tercemar dengan cara dia meninggalkan oktagon dan menyertai WWE yang menurutnya hanyalah lakonan.

“Ronda adalah berita lama, kan? Saya fikir perkara yang menakjubkan tentang dia ialah dia telah membuka pintu kepada semua orang dan memusnahkan lawannya dalam 10 saat,”

“Kemudian dia menjadi bintang kerana dia menewaskan lawannya pada pusingan pertama dan itu hebat, tetapi dia dikalahkan dua kali dan kejam. ”

“Jadi adakah dia benar benar hebat?” Kata Pena sambil melancarkan perlian kepada Ronda Rousey,

Ia tidak terhenti di situ, petarung dari Venezuela itu mengeluarkan cabaran yang mungkin tidak akan diterima oleh Ronda.

“Dia terpaksa beralih ke gusti profesional. Dan saya faham dan saya rasa ia hebat. Tetapi sebagai seorang petarung dan seorang yang berdaya saing, saya tahu bahawa, jauh di lubuk hati, ia mungkin mengganggunya sehingga dia menelan dua kekalahan KO dan tidak pernah kembali lagi untuk mencipta nama.”

“Jika kekalahan itu benar-benar mengganggunya dan jika akhirnya dia mengetahui perkara itu, anda tahu, legasinya telah musnah kerana dia tidak pernah kembali lagi.”

“Maka dengan ini saya ingin menjemputnya kembali, dan jika dia mahu kembali, Saya akan menyambutnya kembali dengan tangan terbuka.”

Pena turut memperlekehkan Ronda Rousey yang menurutnya tidak benar-benar berlawan kerana gusti profesional adalah satu pembohongan dan berskrip.

“Sekarang dia semacam satu jenaka dalam dunia MMA, kerana dia sendiri, dana apa yang dia katakan? Kerana gusti pro adalah palsu, anda dibayar berjuta-juta dolar untuk membuat pembohongan.”

“Dan jika Ronda mahu mencuba pertempuran sebenar sekali lagi, saya sudah bersedia untuk bertarung dengannya.”

Namun pandangan Pena itu ditempelak oleh Casey Oneill yang menyatakan bahawa legasi Ronda Rousey dalam sukan MMA wanita akan kekal selamanya.

“[Kamu anggap satu ] Jenaka? Hanya kerana dia kalah beberapa pertarungan dan memutuskan untuk move on dalam hidupnya? Ini adalah tidak betul.”

“Kita seharusnya saling menyokong antar satu sama lain sebagai wanita dalam bidang sukan ini.”

“Kamu boleh menyatakan pandangan kamu tentang skil petarungannya, namun bukannya pandangan seperti ini.”

“Selamanya [Ronda Rousey adalah] pelopor dan dia melakukannya untuk wanita.”

Dana White: “Khabib Belum layak bergelar GOAT UFC Berbanding Ronda Rousey Dan Chuck Liddle”

Beberapa bulan yang lalu, Dana White membuat kenyataan yang menjadi perdebatan di kalangan peminat MMA dan francais UFC.

Ini selepas presiden UFC itu menganggap Khabib Nurmagomedov bukan petarung terbaik sepanjang zaman dalam ring oktagon.

Khabib Nurmagomedov bersara pada rekod tanpa kalah dengan 29-0. Dengan dia menewaskan petarung handalan seperti Conor McGregor – yang menjadi salah satu sejarah besar dalam kariernya.

Dalam lapangan UFC, Khabib Nurmagomedov mencatatkan 13 kemenangan berturut turut. Dan membuatkan The Eagle dianggap petarung terbaik pada eranya.

Namun Dana White tidak merasakan bahawa Khabib adalah yang terhebat sepanjang zaman / greatest of all time atau singkatannya GOAT.

Pada masa yang sama Dana White tetap mempertimbangkan nama Khabib Nurmagomedov untuk diabadikan dalam senarai kehormat / Hall of Fame untuk UFC.

Dana White berkata, Khabib tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjadikan dirinya bergelar GOAT.

Dana White mencadangkan, jika Khabib melengahkan sedikit persaraannya, mungkin dia akan menamatkan kariernya di UFC sebagai GOAT.

Bercakap kepada Teddy Atlas dalam siaran YouTube, Dana White berkata: “Dua nama yang benar benar membantu membangunkan jenama ini ialah Chuck Liddell dan Ronda Rousey. Kamu tahu, mereka sangat sangat setia [super loyal].”

“Ketika ini saya rasa Kumaru Usman adalah petarung pound for pound terbaik di dunia. Selepas dia melakukan yang terbaik dalam beberapa musim ini, dan pencapaiannya sangat luar biasa.”

“Saya rasa Khabib Nurmagomedov boleh digelar GOAT dalam UFC jika dia kekal lebih lama di sini, siapa tahu kan. Malangnya, dia kehilangan ayahnya, yang membuatkannya memutuskan untuk bersara.”

“Dia baru sahaja berada di kemuncak hidupnya, namun apabila kamu terlalu banyak wang, ianya akan mengubah segalanya,” kata Dana White merujuk kepada Khabib kemudian langsung tak mengendahkan sebarang tawaran besar dari UFC, selepas dia memutuskan untuk bersara.

Khabib Nurmagomedov bersara kerana mahu sentiasa dekat dengan ibunya, selepas kehilangan ayahnya. Tambahan pula, Khabib rasa tidak lengkap apabila bertarung tanpa ayahnya menjadi jurulatihanya.

Pemergian ayahnya telah membuatkan Khabib bertekad untuk menjaga ibunya dengan memberikan lebih banyak perhatian selepas ini.

Baca yang lain