Baju Diego Maradona ketika aksi suku akhir Piala Dunia 1986 dijual pada harga £7 juta. Yang menurut Peter Shilton seharusnya baju itu tak pernah keluar pun dari bilik persalinan. Separtutnya mereka ketika itu mengoyakannya.
Maradona menjaringkan dua gol Piala Dunia yang paling terkenal, atas sebab yang sangat berbeza ketika Argentina menyingkirkan England daripada pertandingan itu 38 tahun lalu.
Salah satu gol itu dianggap antara yang terbaik dalam sejarah Piala Dunia tetapi boleh dikatakan yang paling diingati ialah gol ‘hand of god’, ketika pemain kecil Amerika Selatan itu melompat penjaga gol England Shilton untuk menumbuk bola ke dalam gawang.
Shilton tidak pernah benar-benar boleh melepaskan kemarahannya sebelum ini. Dia juga tidak pernah mengiktiraf kemenangan Argentina pada masa itu atas semangat kesukanan. Diego Maradona meninggal dunia pada November 2020.
Jadi mungkin tidak mengejutkan apabila berita baju Maradona pada hari itu dijual oleh bekas rakan sepasukan Shilton di England, Steve Hodge, dengan harga £7.1 juta telah menyebabkan bekas penjaga gol itu mendakwa dia tidak akan pernah melepaskannya baju itu keluar, jika dia tahu Hedge memilikinya.
Peter Shilton wouldn't use £7m Diego Maradona shirt to "clean the dishes"https://t.co/LwZi2Tl5Sr pic.twitter.com/AzibGtn8oO
— Mirror Football (@MirrorFootball) May 7, 2022
Hedge sebelum ini menolak untuk menjual jersi itu yang dipamerkan di muzim bola sepak di Sotheby. Namun pada tahun lalu dia mengubah pendiriannya. Lalu melelong jersi itu pada tahun ini.
Walaupun Argentina adalah pemenang sebenar pada tahun 1986, Hodge juga boleh menganggap dirinya juga antara pemenang kerana menyarung jersi Maradona selepas aksi suku akhir itu.
Heard that Maradona is due over in June I’d be interested in everyone’s thoughts on should I accept an invite to meet him I know how I feel but what do you think ??? My biggest debate to date ! pic.twitter.com/I5GPqJuD1D
— Peter Shilton (@Peter_Shilton) February 1, 2018
Jersi rare
Hodge pernah berkongsi cerita bagaimana beliau boleh mendapat jersi itu.
“Saya sedang berjalan menyusuri terowong dan Maradona datang ke arah yang bertentangan. Saya hanya menarik dan membukan baju saya, dan kami bertukar jersi selepas itu.”
Kerana 35 tahun kemudian, dia bersedia untuk melelongnya – dan ketika dia mengumumkan perkara itu, dia dijangka memperoleh sekurang-kurangnya £4 juta! Itu tapak lelongan ya sobak. Kenaikan bebas!
Selepas kematian Maradona pada November 2020, Hodge menyatakan bahawa dia tidak mahu menjual baju Maradona walaupun apa jua harga yang ditawarkan kepadanya.
“Saya telah memilikinya selama 34 tahun dan tidak pernah sekali pun mencuba untuk menjualnya,” kata Hodge kepada BBC Radio Nottingham.
“Saya suka memilikinya. Ia mempunyai nilai sentimental yang luar biasa.”
“Saya sentiasa menerima beberapa orang datang mengetuk pintu saya tanpa henti dan telefon sentiasa berdering dari setiap stesen TV dan radio, malah stesen media antarabangsa dari luar negara.”
“Ia tidak selesa dan ia tidak bagus. Saya telah melihat artikel di internet dan terdapat sedikit kecaman yang mengatakan saya mahukan satu juta atau dua juta dan saya sahaja jual mahal untuk mendapatkan wang.”
“Saya rasa ia tidak sopan dan salah sama sekali. Ia bukan untuk dijual. Saya tidak pernah terfikir untuk cuba menjualnya.”
Tetapi kini, Hodge sanggup berpisah dengan jersi itu dengan harapan mendapat lebih daripada £4 juta / RM22.1 juta untuknya.
Wor barangan vintaj, Brahm Wachter, yang juga ketua pakaian jalanan / street wear dan koleksi moden di Sotheby, yang melelong baju itu, berkata:
“Hand of God benar-benar satu detik bukan sahaja dalam sejarah sukan, tetapi dalam sejarah abad ke-20.”
“Momen itu bergema jauh ke seluruh dunia bola sepak, hadir tidak lama selepas konflik Falklands, dan seterusnya memberi inspirasi kepada buku, filem dan dokumentari.”
“Maradona kini diingati sebagai salah seorang pemain yang terhebat pernah bermain bola sepak – dan sukan ini ini adalah sebahagian penting daripada legasinya.”
Bidaan dalam talian untuk baju Maradona’s Hand of God akan dibuka dari 20 April hingga 4 Mei.
This jersey worn by Diego Maradona during the 1986 @FIFAWorldCup quarter-final, here on display at the @FootballMuseum in Manchester, will be auctioned by Steve Hodge, the player who swapped shirts with him after the game, for £4 million reports @dmcstimes https://t.co/yvtTWSjJbm pic.twitter.com/eaJ55M4Rng
— Asif Burhan (@AsifBurhan) April 6, 2022
Seorang lagi bekas pemain yang turut memiliki jersi rare Maradona ialah legenda Ireland, Liam Brady.
Bekas pemain tengah Ireland dan Arsenal itu sering bermain menentang Maradona untuk kelab dan negara dan pemain Argentina itu pernah memberinya jersi rare nombor 17 pada 1979. Kerana biasanya Maradona selalu nombor 10.
Brady menyatakan buat masa ini, dia tidak akan menjual koleksinya itu kerana tidak ternilai harganya. Tetapi tidak menolak akan menjual jersi itu jika ada pembeli secara peribadi membida darinya atas alasan yang membuatkannya rasa perlu untuk melepaskannya.
“Sekiranya ada pengumpul jersi secara peribadi ataupun individu yang mahukannya, saya mungkin akan menjualnya dengan syarat ianya dengan harga yang tepat dan dijamin akan berada di tempat ia dihargai dan dijaga.”
“Namun saya sama sekali tidak akan pernah melelongnya di ebay, kerana ianya memiliki nilai sentimental yang tidak ternilai.”
Shilton jijik melihat jersi Maradona
Shilton benar benar jijik dengan jersi tersebut. Dia berkata, dia tak akan memakai jersi itu sama sekali. Seterusnya dia menganggap jersi itu terlalu kotor untuk menjadi kain lap ataupun untuk mengelap pinggan mangkuk di rumahnya. Peter Shilton berkata:
“Saya tidak akan memakainya di rumah, malah tidak akan menggunakannya untuk membersihkan pinggan mangkuk di banglo saya,” kata legenda berusia 72 tahun itu.
“Jika saya dan beberapa pemain lain tahu Hodgey memakai bajunya di bilik persalinan masa tu, jangan mimpilah dia akan dapat berbuat begitu. Baju tu bernasib baik sebab tak hancur.”
“Dalam kehangatan perlawanan, saya akan mengoyakkan dan merobek baju tu menjadi seribu bahagian — dan saya yakin Hodgey gembira sekarang kami tidak tahu tentang itu dan tidak mengoyakkannya.”
“Dia tahu apa yang dia lakukan, sebab tu dia tidak memberitahu kami dia melakukannya. Kami sangat marah.”
Diego Maradona’s ‘Hand of God' shirt ‘wouldn’t have made it out’ of the England dressing room if he knew Steve Hodge had swapped it, says Peter Shiltonhttps://t.co/q5dzf46Th0
— talkSPORT (@talkSPORT) May 8, 2022
“Namun saya gembira seorang pemain Inggeris mendapat sesuatu daripada permainan,” kata Shilton merujuk kepada kejayaan Hodge mendapat jutaan pound daripada jersi tersebut.
Persatuan Bolasepak Argentina (FA Argentina) juga ingin mendapatkan jersi itu daripada Hodge dan mahu mempamerkannya dalam pameran pada bulan Oktober untuk memperingati hari lahir Maradona.
Kini Shilton sebaliknya melihat hakikat bahawa Argentina tidak mendapat jersi itu sebagai ‘kemenangan’, yang menunjukkan betapa koyaknya Shilton mengenangkan gol hand of god tersebut.
“Kami telah menikmati ketawa terakhir,” bekas penjaga gol itu ketika mengulas bahawa jersi itu tidak berada di Argentina.
“Ia adalah keadilan puitis kerana ditipu daripada Piala Dunia itu.”