Mike Tyson merupakan satu nama besar di dalam sukan tinju walaupun sudah bersara 15 tahun lalu.
Namun lawan terakhir yang juga petinju terakhir menewaskannya, Kevin McBride pula kini hidup dalam penuh dengan keserdehanaan.
Memang ada sesuatu yang tak kena apabila petinju seperti McBride gagal untuk hidup dalam keadaan lebih baik.
Bukan nak mempertikaikan apa yang dia buat. Namun dia merupakan petinju yang pernah menewaskan Tyson. Jadi, ada isu dengan pengurusan karier petinju tersebut.
McBride walaubagaimanapun gembira dengan kehidupan dua ada sekarang. Dan dia teruja apabila ada peminat tinju turut memetik namanya sebagai calon berdepan Mike Tyson dalam perlawanan amal yang dirancang Tyson.
Malah peminat tinju merasakan McBride adalah calon terbaik berdepan dengan Mike Tyson yang kini sudah berusia 53 tahun. Namun kondisi Mike Tyson memang sangat mantap.
Pada hari hari terakhir Tyson dalam tinju pertengahan tahun 2000-an dia berharap akan dapat menang dalam aksi berdepan McBride selepas beberapa siri kekalahan sebelumnya.
Namun aksi itu pada Jun 2005 menyaksikan Tyson kalah dengan pengadil menghentikan pertarungan pada pusingan keenam.
Tyson tewas di tangan petinju tak ternama dan tidak dikenali dari Ireland iaitu Kevin McBride.
Kerjaya pemain berusia 47 tahun itu tidak berjalan dengan lancar setelah kemenangan yang mengejutkan dunia pada ketika itu.
Dan dia bersara pada tahun 2011 dan kehidupannya sangat berbeza sekarang.
“Saya bekerja dengan mengambil upah memotong pokok sekarang dengan sebuah syarikat yang ‘pakar bedah’ pokok.”
“Apabila mereka meminta saya menebang pokok, membersihkan salji, menjerit ‘kayu kayu’ dan semua itu. Ianya bagus,” kata McBride kepada Daily Mail.
“Ini membuat saya sibuk. Tugas saya adalah saya mengambil barang-barang dan saya meletakkan sesuatu.”
Ini adalah pertarungan yang tidak kelihatan tidak begitu diingati oleh ramai orang tetapi bagi lelaki dari Ireland itu dia mengatakan ketika ini semakin ramai yang mengingatinya dan mahukan beliau melakukan comeback berdepan Mike Tyson.
Nampak tak kuatnya pengaruh Iron Mike ni.
“Ini muncul lebih kerap pada masa ini kerana setiap kali mereka mengatakan tentang Tyson kembali semula, mereka akan mengatakan bahawa saya adalah jantan terakhir yang mengalahkannya.”
“Saya suka itu. Saya tak pernah duduk-duduk dan menonton pertarungan semula. Tetapi baru baru ini, ada seseorang memuat naik klip itu di Facebook dan saya melihatnya – ia seperti mimpi menjadi kenyataan, bukan?”
Tyson tewas dua kali kepada Evander Holyfield pada tahun 1996 dan 1997 tetapi dia kemudian menikmati enam pertarungan yang tidak terkalahkan selepas itu.
Dengan empat kemenangan dan dua tanpa no contest, untuk membuat perhitungan merebut satu lagi bengkung kejuaraan kategori heavyweight, namun beliau tewas di tanga Lennox Lewis.
Itu akan terbukti menjadi pertarungan terakhirnya menentang pasukan lawan tertinggi ketika juara dunia Britain itu menghentikannya pada pusingan kelapan.