Petinju Wanita Itali Tarik Diri Selepas 46 Saat Berlawan Dengan Petinju Gagal Ujian Gender IBA

Petinju wanita dari Itali, Angela Carini telah menarik diri daripada perlawanan hanya selepas 46 saat ianya bermula. Carini tidak sanggup meneruskan aksi menentang pentinju Algeria, Imane Khelif yang sebelum ini disahkan memiliki kromosom XY.

Khelif sebelum ini pernah gagal dalam ujian gender untuk menyertai acara wanita. Dan dia dilarang oleh International Boxing Association (IBA) untuk menyertai kejohanan dunia. Tetapi Sukan Olimpik adalah di bawah IOC sepenuhnya dan IBA tiada kuasa di dalamnya.

IOC sebelum ini memberikan kebenaran kepada Imane Khelif bertanding atas peraturan baharu baharu Olimpik yang membenarkan atlet tukar jantina bertanding acara wanita sekiranya kandungan hormon testosteron dalam badan mereka tidak di atas paras ditetapkan.

Penyertaan Imane Khelif dan seorang lagi petinju yang gagal ujian gender oleh WBA sebelum ini, Ling Yu Ting telah menarik banyak kecaman daripada atlet dan peminat tinju.

Carini yang cuba menentang Imane Khelif, telah memutuskan untuk tidak meneruskan pertandingannya setelah menerima dua tumbukan yang dianggap terlalu kuat. Dan akhirnya petinju Algeria itu diberikan kemenangan percuma.

Sebelum ini salah seorang lawan Imane Khelif, Tamara pernah memberitahu pengalaman ngerinya berdepan dengan Imane Khelif yang diibaratkan bertarung dengan nyawa. Ini kerana tumbukan Imane Khelif terlalu kuat dan sangat memudaratkan untuk wanita.

Laporan di Itali menyebut, Carini mengalami kecederaan patah hidung hanya selepas 46 saat bertarung dengan Imane Khelif.

Sebelum ini Khelif pernah dibatalkan penyertaan sebelum acara final merebut pingat emas di New Delhi selepas gagal dalam ujian gender dijalankan oleh International Boxing Association (IBA). Ini selepas dia gagal dalam ujian testosteron.

@axello_tacts

Petinju wanita dari Itali, Angela Carini menangis terpaksa menarik diri hanya selepas 46 saat. Selepas dia menerima dua tumbukan, dia memutuskan itu adalah red flag yang dia harus menarik diri atau nyawanya dalam bahaya. Kerana tumbukan Imane Khelif terlalu kuat.

♬ original sound – Axello Tacts – Axello Tacts

Reuters melaporkan bahawa presiden IBA ketika itu Umar Kremlev mendedahkan bahawa Imane Khelif dan juara dunia 2 kali dari Taiwan, Ling Yu Ting dikenalpasti memiliki kromosom XY yang bermaksud mereka adalah lahir sebagai lelaki secara biologi.

Carini bercakap kepada wartawan selepas dia memutuskan menarik diri. Di mana segala usahanya selama bertahun tahun untuk sampai ke pentas Olimpik hanya sia sia.

“Saya sentiasa membanggakan negara saya dengan taat setia saya. Namun maaf, kali ini saya tidak boleh memberikan kejayaan kepada negara saya, kerana saya tidak boleh bertarung dalam pertarungan ini lagi.

“Saya memutuskan untuk menarik diri kerana selepas tumbukan kedua yang saya terima – berdasarkan pengalaman saya bertahun tahun di dalam ring, saya ras ianya terlalu sakit di hidung saya.

“Saya kata dengan diri saya, sudah cukuplah. Saya tak boleh menamatkan pertarungan ini. Mungkin pilihan lebih baik adalah mengakhiri sahaja pertarungan ini.

“Saya tidak pernah merasai tumbukan sekuat itu dalam karier saya.”

Carini menangis dan sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Namun dia benar benar merasai kesakitan kerana tumbukan tersebut. Tetapi tindakannya disokong ramai pihak yang menyatakan bahawa, kesihatan dan nyawa lebih penting daripada sebutir emas Olimpik.

Sebelum ini Carini meraikan kejayaan dia mara ke Paris 2024 sebagai hadiah kepada ayahnya dan dia mahu memenangi acara tersebut. Malangnya dia terpaksa menarik diri.