Petinju YouTuber Ini Dikecam, Namun Tyson Anggap Sukan Tinju Terhutang Budi Pada Mereka

Mike Tyson berkongsi kad pertarungan dengan Jake Paul pada minggu lalu.

Tetapi legenda tinju kelas berat itu mengakui bahawa dia belum pernah mendengar tentang selebriti YouTube berusia 23 tahun tersebut.

Namun apa yang menarik, Tyson menyatakan, anaknya terlebih dahulu mengenali dua selebriti YouTube itu iaitu Jake dan Logan Paul.

“Saya tidak tahu mereka ni sehingga anak-anak saya ingin melawan mereka pada suatu hari nanti,” kata Tyson setelah aksi seri dengan Roy Jones Jr.

“Saya berkata, ‘Siapa yang akan kamu lawan? Lelaki ini? Ayuh, ‘dan dia adalah bintang besar dalam tinju?”

Tyson baru tahu betapa kuatnya publsiti yang dibawa oleh YouTuber seperti Jake dan Logan sehingga menarik minat generasi baharu pada hari ini.

Tyson turut berterima kasih kerana Jake Paul sanggup beraksi pada kad yang sama dengan beliau pada hari itu, membantu memeriahkan lagi acara dan menaikkan publisiti.

“Semua orang tahu siapa dia, dan saya sangat gembira kerana dia menyertai acara pertarungan bersama dengan saya dan Roy,” tegas Iron Mike.

Pada malam tersebut Tyson kembali ke gelanggang untuk pertama kalinya dalam 15 tahun, Paul bersaing dalam acara utama dan menghancurkan bekas pemain NBA, Nate Robinson dengan kalah mati pusingan kedua.

Paul kini 2-0 sebagai petinju profesional dengan rancangan untuk mencurahkan lebih banyak masa agar sukan ini terus bergerak maju.

Walaupun Paul dan abangnya telah menerima banyak kritikan dari netizen dan penyokong tinju kerana penglibatan mereka dalam sukan ini, Tyson berpendapat bahawa mereka sebenarnya berhak mendapat banyak penghargaan dan rasa hormat daripada yang ditunjukkan selama ini.

“Dengar, ego saya mengatakan banyak perkara, tetapi kenyataan yang saya harus akui adalah mereka banyak membantu sukan tinju,” jelas Tyson.

“Tinju berhutang dengan orang-orang seperti ini, mereka berhutang budi kepada petinju YouTube ini. ”

“Mereka harus memberikan mereka tali pinggang kerana mereka ini menjadikan tinju terus hidup.”

“Tinju adalah sukan yang hampir mati. UFC menendang punggung kami, dan sekarang kami mendapat petinju YouTube ini dengan 25 juta tontonan.”

“Tinju akan kembali. Terima kasih kepada petinju YouTube. ”

Sebagai perspektif, bayar-per-tontonan Logan Paul-KSI YouTube di mana Jake Paul bersaing dalam bukan kad utama – ia tetap menghasilkan  $3.5 juta untuk acara tersebut.

Ianya adalah sekitar 40%-50% daripada kutipan PPV pada hari itu. Menunjukkan betapa kuatnya tarikan orang seperti Jake Paul.

Sudah tentu, tinju berkembang pesat di sekitar acara besar seperti pertarungan gelaran kelas berat antara Tyson Fury dan Deontay Wilder serta kad acara terbaru yang disiarkan di rangkaian seperti ESPN dengan pertarungan berprofil tinggi seperti Vasyl Lomachenko yang mengambil alih Teofimo Lopez.

Walaupun tinju nampaknya hidup di sekitar pertarungan berprofil tinggi seperti itu, UFC adalah produk yang lebih konsisten dengan acara terkenal berlangsung dari minggu ke minggu dan acara besar dipromosikan ketika superstar seperti Conor McGregor, Israel Adesanya atau Khabib Nurmagomedov bertanding dan menempa kegemilangan, serta populariti lebih daripada petinju.

Pada zaman di mana rangkaian televisyen berjuang untuk mempertahankan penilaian sambil menentang perkhidmatan streaming dan video yang ditunjukkan di YouTube dan TikTok memperoleh berbilion tontonan, Tyson percaya petinju seperti Paul adalah persis penyelamat yang diperlukan oleh sukan itu sekarang ini.

“Saya percaya semakin banyak orang yang lebih besar berminat untuk sukan ini,” kata Tyson.

“Kerana tinju telah menerima beberapa pukulan sejak adanya UFC.”

Baca yang lain