Petit Suruh Messi Keluar Dari PSG: “Itu Bukan Kelab Bola Tapi Tempat Pra Persaraan”

Legenda Perancis, Emmanuel Petit mengecam penyokong PSG yang mengejek Lionel Messi sebagai benda memalukan dalam bola sepak.

Messi sekali lagi menjadi subjek kecaman peminat sebelum sepak mula antara PSG dan Lyon. Di mana penyokong bersorak ketika nama Mbappe dan membuat bunyi ejekan ketika nama Messi diumumkan.

Sebelum ini Thierry Henry hairan kenapa penyokong PSG mengeboo Messi.

“Kamu mengejek pemain terbaik dunia pada masa ini. Dia menjaringkan 13 gol dan 13 assist dalam liga untuk kamu,” kata Henry yang kecewa dan rasa malu.

“Saya nak tengok dia tamatkan kariernya di Barca, itu harapan saya. Saya tak kata, dia harus meninggalkan PSG atau kekal di PSG.”

“Saya sangat gembira melihat dia bermain di Liga Perancis. Namun boo yang dia terima sebelum ini, merumitkan keadaan,” sambung King Titi.

Henry menyimpulkan: “Ini tentang kecintaan kepada permainan ini, apa yang dia telah lakukan kepada kelab ini. Dia tidak patut meninggalkan kelab ini dengan cara sebegini. Ianya perkara yang menganggu fikiran saya, dan Messi sendiri.”

Kemudian Emmanuel Petit tampil membidas penyokong PSG dengan nada lebih keras. Dia malah memperlekehkan PSG sebagai kelab pra persaraan untuk pemain.

Ini kerana menurut Petit, tiada pemain yang benar benar membangun di PSG. Lalu dia meminta Messi segera berambus daripada kelab itu.

Petit berkata: “Apabila saya mendengar ejekan ke atas Messi, saya malu, ia adalah penghinaan kepada bola sepak.”

“Jika saya boleh menasihati Messi, maka saya nak cakap, keluar sekarang daripada kelab itu Leo [Messi].”

“PSG bukanlah kelab bola sepak sebenar, sebaliknya hanya tempat pra persaraan, walaupun kamu baru 20 tahun.”

“Tiada pemain yang pernah membangun di PSG, itu bukannya salah Messi.”

Kurang seminggu selepas dia menjaringkan hatrik dan melepasi angka 100 gol untuk Argentina, juara dunia itu menjadi kecaman penyokong sendiri di stadium dan di media sosial.

Messi akan tamat kontrak akhir musim ini. Dan dilihat tiada tanda tanda mahu terus kekal di PSG.