Petronas Sprinta Beri Amaran Akan Singkir Super KIP Jika Terus Gagal Pamer Aksi Terbaik

Datuk Razlan Razali menyatakan bahawa beliau kecewa dengan persembahan dipamerkan oleh pelumba Moto3 dari Malaysia iaitu Khairul Idlan Pawi ataupun Super KIP.

Lalu Datuk Razlan memberikan amaran bahawa, jikan pelumba itu gagal menempatkan diri dalam kelompok 15 terbaik, maka Super KIP akan disingkirkan daripada pasukan PETRONAS Sprinta Racing.

Razlan menegaskan bahawa 11 baki perlumbaan terakhir dalam Moto3 musim ini akan menjadi penentu nasib pelumba 21 tahun ini.

Sama ada beliau akan terus bersama dengan pasukan Petronas Sprinta ataupun dikeluarkan.

Razlan menyatakan, pasukan kejuruteraan mereka sudah melakukan macam macam untuk memperbaiki prestasi motosikal Khairul Idlan Pawi, namun hasilnya masih menghampakan.

Dipetik daripada BH Online, Datuk Razlan Razali berkata: “Khairul Idham Pawi kena buat sesuatu. Saya pun hairan kenapa banyak pengubahsuaian yang kita buat untuk jentera dia, tapi beliau masih gagal meraih kedudukan terbaik.”

“Saya tidak pasti dengan masalah dia walaupun jentera sama turut digunakan rakan sepasukan Khairul Idham Pawi iaitu John McPhee,” tambah beliau lagi.

Datuk Razlam kemudian menyatakan bahawa kesemua pelumba di kelas bukan premium pun diberikan KPI untuk mereka capai.

Ini termasuk dua pelumba Moto2 iaitu, Xavi Vierge dari Sepanyol dan Jake Dixon dari United Kingdom.

Kegagalan untuk mencapai KPI akan membuatkan mereka hilang tempat dan pasukan terpaksa mencari pelumba baharu untuk mewakili mereka.

Super KIP sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-26 pada Grand Prix (GP) Qatar di Litar Antarabangsa Losail pada 8 Mac lalu.

Dua perlumbaan berikutnya Super KIP berada di kedudukan ke-22 dan ke-20 masing-masing pada GP Sepanyol dan GP Andalusia yang berlangsung di Litar Jerez pada 19 dan 26 Julai lalu.

https://twitter.com/bharianmy/status/1288365345397526530

McPhee pula meraih tempat kedua, masing-masing pada GP Qatar dan GP Andalusia pada 26 Julai lalu.

Beliau, bagaimanapun, gagal menamatkan perlumbaan pada GP Sepanyol selepas terbabit dalam kemalangan pada pusingan terakhir perlumbaan.

Kejuaraan MotoGP Dunia akan diteruskan dengan GP Republik Czech di Litar Brno dari 7 hingga 9 Ogos ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Razlan memberitahu Bernama, bahawa beliau akan mengumumkan status Valentino Rossi dengan pasukan Petronas Yamaha SRT pada musim hadapan dalam masa terdekat.

Beliau akan membuat pengumuman itu pada 23 Ogos akan datang. Rossi sangat hampir untuk menyertai Petronas Yamaha.

Diharap Khairul Idlan Pawi akan dapat mempamerkan rentak tunggangan bertenaga selepas ini sekaligus membuktikan kualiti yang ada pada dirinya.

Baca yang lain