Petugas Kesihatan Malaysia Lancar Kempen ‘We Stay At Work For You, You Stay At Home For Us.’

Semalam adalah hari yang membuatkan ramai orang yang geram. Mana taknya, apabila ramai yang gatal gatal bersesak sesak di tempat awam seperti TBS dan di hadapan balai polis.

Ramai juga yang balik ke kampung menganggap Perintah Kawalan Pergerakan sebagai cuti cuti Malaysia.

Malaysia melancarkan Perintah Kawalan Pergarakan  bermula 18 Mac. Perintah itu berkuatkuasa selama 14 hari.

Lantas petugas petugas kesihatan Malaysia melancarkan kempen #DudukRumah #StayHome.

Mereka menulis pada kertas ataupun plakad dengan kapsyen:

“We stay at work for you.
You stay at home for us.”

Petugas petugas perubatan ini, ataupun mereka yang di barisan hadapan merupakan wira sejati pada ketika ini.

Mereka berjaga dan bersiap siaga 24/7 di hospital demi menyelamatkan nyawa orang lain.

Hastag tersebut telah trending di media sosial termasuk #KitaJagaKita, #StayHome, dan #DudukRumah.

Ramai doktor, jururawat dan pegawai kesihatan lain telah memuat naik imej mereka di media sosial.

Malah laman Twitter KKM juga telah memuat naik gambar untuk menyokong kempen ini.

Covid-19 buat masa ini telah mengorbankan 2 nyawa di Malaysia. Berlaku pertemabhan kes seccara keseluruhannya.

Pada peringkat global pula, ketika ini lebih 184,000 kes dicatatkan dengan angka kematian sudah melepasi 7,500 orang.

Koronavirus merupakan wabak yang boleh tersebar menerusi sentuhan di antara manusia. Oleh itu social distancing / jarakkan diri dengan orang lain sangat penting.

Pastikan korang kerap cuci tangan dan elakkan keluar dari rumah untuk urusan yang tidak perlu. Kecualilah memang terpaksa dan kecemasan sahaja.

Seterusnya, terima kasih kepada pegawai perubatan serta staf staf kesihatan pelbagai jawatan, kerana telah menjadi wira tak didendang di sepanjang tempoh wabak ini.

Jadi, bersama-samalah kita bersatu dengan mereka untuk memastikan COVID-19 dapat dikurangkan dan dicegah.