Petugas Medikal Sabah Benarkan Pemain Alami Concussion Sambung Bermain?

Semalam berlaku insiden kapten Sabah kena concussion. Dan yang peliknya, kenapa dia dibenarkan bermain?

Head injury benda paling mustahak di atas padang. Pengadil harus menghentikan serta merta perlawanan walau apa jua keadaan.

Kemudian, kenapa pasukan kejurulatihan Sabah membenarkan pemain masuk balik selepas head injury? Adakah kerana pemain tersebut meminta dimasukkan?

Tidak boleh begitu la. Mikel Arteta pernah dikecam oleh ramai peminat Arsenal dan pundit kerana dia membenarkan David Luiz terus beraksi selepas mendapat rawatan di kepalanya kerana berlaku perlanggaran.

Arteta memutuskan untuk mengarahkan Luiz terus beraksi walaupun cedera kepala. Peminat Arsenal mempersoalkan kenapa petugas medikal tidak melarang tindakan Arteta itu.

Peminat Arsenal sendiri menganggap Arteta sebagai kejam kerana terus membiarkan Luiz beraksi.

Namun Arteta ada alasan tersendiri untuk terus membiarkan Luiz beraksi. Dan beliau menafikan cuai dalam SOP keselamatan pemain.

Luiz mengalami luka di dahinya dan dibalut kepalanya, serta terus bermain sepanjang separuh masa pertama.

Darah dapat dilihat mengalir melalui pembalut sepanjang 45 minit dan pada separuh masa kedua barulah Arteta memasukkan Rob Holding.

Arteta mengatakan semua protokol berkaitan kecederan ataupun gegaran kepala telah diikuti dan Luiz dibenarkan bermain kerana dia terlibat dalam duel dengan pembalut di kepalanya.

“David [Luiz] baik-baik saja,” kata Arteta kepada Sky Sports.

“Dia mengalami luka yang teruk dan dia dalam keadaan sedar. Dia menjalani ujian dan baik-baik saja. Kami benar-benar khuatir untuk Raul Jimenez kerana itu benar-benar teruk.”

“Apabila anda melihat reaksi pemain, anda tahu sesuatu yang sangat buruk sedang berlaku.”

Insiden Luiz itu sangat kontroversi sehinggakan ianya membawa kepada perbincangan tentang pertukara pemain ke-4 untuk concussion. Dan ianya diuji pada musim ini di EPL.

Wolves menggunakan pertukaran untuk concussion ketika berdepan dengan satu lagi kecederaan kepala pemain mereka selepas apa yang menimpa Jimenez sebelum ini.

Semalam berlaku di Malaysia dengan melibatkan kapten pasukan Sabah, di mana Azzizan Nordin mengalami concussion di tengah padang dan tak sedarkan diri beberapa ketika.

Pemain pemain kedua dua pasukan bergegas cuba memastikan pemain tersebut dalam keadaan ok.

Tetapi selepas itu petugas medikal pasukan Sabah membenarkan pemain itu masuk semula ke dalam padang.

Kes yang sama berlaku dengan di Arsenal sebelum ini.

Seharusnya isu seperti ini dibincangkan dengan lebih serius oleh MFL. Takkanlah pakar perubatan sukan tidak ada kepakaran mengendalikan kes seperti ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di