Petugas Perubatan Sahkan Hojlund Alami Kecederaan Belakang Yang Berisiko

Manchester United sudah menerima laporan perubatan penggempur baharu mereka iaitu Rasmus Hojlund.

Dan petugas perubatan kelab menyatakan bahawa pemain itu sebenarnya mengalami kecederaan di bahagian belakangnya.

The Mail melaporkan petugas medikal Man United terkejut apabila mendapati ada kecederaan pada bahagian belakang pemain itu selepas imbasan MRI – ketika ujian medikal.

Erik Ten Hag sudah diberitahu agar dia bersedia untuk kehilangan pemain itu lebih lama. Kerana jika dipaksa bermain lebih awal, Hojlund berisiko mengalami kecederaan lebih teruk dan impiannya untuk menjadi penyerang elit eropah boleh terganggu di masa akan datang.

Kecederaan tersebut dikatakan antara ancaman kepada karier pemain pemain muda seperti Hojlund.

Man United membayar £64 juta untuk pemain tersebut. Dia setuju dengan kontrak 5 tahun bersama kelab yang dia sokong sejak dari kecil lagi.

Man United sudah berjumpa dengan Hojlund dan memberitahu pemain itu tentang kondisi fizikalnya. Dia akan diberikan masa yang secukupnya untuk pemulihan sepenuhnya dan kelab tidak akan mendesaknya untuk cepat beraksi.

Ini juga bermakna, Hojlund masih perlu menunggu sedikit masa lagi untuk membuat debut untuk Man United. Keutamaan kelab dan pemain sekarang ini adalah kesembuhan sepenuhnya pemain itu.

Terdapat laporan menyatakan bahawa Hojlund bakal berehat sekitar sekurang kurangnya 2 atay 3 minggu lagi untuk pemulihan. Namun Man United mahu memastikan pemain itu benar benar cergas sepenuhnya barulah dia akan beraksi.

Ini bermakna Man United sudah sedia kehilangan khidmat pemain itu lebih sebulan macam tu ler.