PGMOL Minta Ampun Kepada Liverpool Dan Salahkah VAR Gagal Betulkan Kesilapan Manusia

VAR telah menjadi subjek perhatian umum sekali lagi. Terbaru dalam aksi antara Spurs dan Liverpool, gol Luis Diaz dibatalkan walaupun pada pandangan mata kasar, kelihatan pemain Liverpool itu tidak ofsaid.

BeIN Sport dalam analisis mereka membuat kesimpulan gol itu adalah sah. Dan mempersoalkan kenapa tiada garis ofsaid dibuat pada footage video gol tersebut.

Dan kesimpulan mereka menyatakan bahawa gol itu harus diberikan kepada Liverpool.

Liverpool terpaksa menamatkan perlawanan dengan 9 pemain. Curtis Jones dilayangkan kad merah pada minit ke-26. Namun Gary Neville berpendapat, kad merah itu tak tepat kerana pemain tersebut tergelincir kakinya di atas bola sebelum menapak lawannya.

Seterusnya PGMOL (Persatuan Pengadil Profesional England) mengeluarkan kenyataan rasmi kepada Sky Sports menyatakan bahawa mereka sudah memohon maaf kepada Liverpool. Kerana kesilapan manusia yang gagal diperbetulka oleh VAR menyebabkan gol Luis Diaz tidak diberikan seperti selayaknya.

PGMOL dalam kenyataannya berkata: “PGMOL mendapat maklum bahawa ada kesilapan manusia berlaku ketika separuh masa pertama perlawanan Tottenham dengan Liverpool. Gol oleh Luis Diaz dibatalkan kerana ofsaid berdasarkan keputusan penjaga garisan di tepi padang.”

“Ini adalah jelas kesilapan yang jelas dan sepatutnya gol diberikan menerusi campur tangan VAR. Malangnya VAR gagal campur tangan dalam keputusan tersebut.”

“PGMOL akan melakukan tinjauan semula sepenuhnya ke atas perkara yang boleh menyebabkan kesilapan itu. PGMOL segera menghubungi Liverpool dalam rumusan perlawanan ini untuk memberitahu mereka tentang kesilapan ini.”

 

Dalam satu lagi insiden, Diogo Jota dilayangkan kad kuning kedua hanya kerana pemain Spurs tersandung kaki sendiri untuk kad kuning pertama.