Michael Phelps kecewa dengan kemenangan pasukan China dalam acara medley 4x100m rampaian dalam kategori renang lelaki pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
China berjaya memecahkan dominasi pasukan Amerika Syarikat dalam acara itu selama 4 dekad lamanya. Namun kemenangan China itu diwarnai kontroversi. Kerana ada 2 perenang China yang beraksi sebelum ini pernah kantoi ujian doping sebelum Sukan Olimpik di Tokyo. Mereka berdua adalah antara 23 daripada perenang China yang dilarang bertanding di Tokyo sebelum ini.
China menyalahkan hotel penginapan mereka sebagai punca atlet mereka makan makanan tercemar. Dan kemudian mereka dibenarkan bertanding semula untuk Paris 2024.
Phelps berpendapat, apabila seseorang itu sudah digantung kerana barang terlarang mereka tidak sepatutnya dibenarkan bertanding lagi.
Jadi Michael Phelps mengecam jawatankuasa Olimpik dan tidak mahu menyalahkan China dalam perkara ini. Kerana menurutnya, penganjur yang membenarkan mereka bertanding walaupun ‘tak clean’.
Sebelum ini Adam Peaty dari Team GB menyuarakan rasa kecewanya. Dengan meminta IOC dengan Agensi Anti Doping buat kerja lebih baik dalam menyiasat atlet China yang menang cara itu.
Peaty mengecam kemenangan China dan kini legenda renang Michael Phelps pula menambah kritikan ke atas kemenangan China itu. Kem Austalia juga mempersoalkan kenapa perenang perenang China itu terlalu mudah untuk dimaafkan oleh IOC sedangkan rakan senegaranya digantung 2 tahun kerana kesalahan barang terlarang.
Michael Phelps merupakan Olimpian paling berjaya dalam sejarah, dan dia merupakan perenang dengan 28 pingat Olimpik. 23 daripadanya adalah emas.
Dia berkata: “Ianya membuatkan hati saya luruh melihat orang yang dah berusaha 4 tahun menyiapkan diri untuk bertanding di Sukan Olimpik. Kemudian hak mereka dirampas oleh seseorang yang menipu. Ini adalah tidak betul. Saya akan kekal dengan pendirian saya tentang perkara ini.”
Phelps ditanya adakah Team China harus disingkirkan daripada acara tersebut. Dia berkata: “Teruskan, pergi ke arah penipu ini, kerana Sukan Olimpik adalah tentang intergriti.
Michael Phelps kemudian mengakui dia juga selalu dituduh menipu kerana pencapaiannya yang dianggap terlalu luar biasa. Phelps bersara dengan 82 pingat major daripada kejohanan dunia dan Olimpik, dan memecahkan banyak rekod dunia dan Olimpik.
Dia mempertahankan reputasinya dengan berkata: “Ada ramai orang selalu gelar saya penipu, sepanjang karier saya.
“Namun saya telah diuji dengan sangat kerap, sampai tak terhitung jumlah ujian yang saya lalui, setiap minggu, sama ada ujian darah atau urin.
“Kenapa? Sebab saya tak nak digelar penipu, saya atlet yang bersih, dan ada keputusan di situ. Saya mencapai semua yang saya menangi dengan bersih. Saya menang 23 emas Olimpik dengan bersih. Ianya benda tak mustahil kamu lakukan tanpa perlu menipu.
Baca juga: Perenang Great Britain Ini Tak Puas Hati China Menang Emas Acara Renang 4x100m Dan Mahu Agensi Anti Doping Lancarkan Siasatan
Adam Peaty telah mempersoalkan kemenangan China dalam acara renang berganti-ganti 4×100 meter lelaki – memberi amaran kepada pegawai Olimpik supaya ‘bangun dan lakukan tugas anda’.
Qin Haiyang dan Sun Jiajun membantu negara mereka membawa pulang emas. Namun Adam Pearly mempersoalkan ada dua daripada 23 perenang China yang diuji positif menggunakan bahan terlarang trimetazidine sebelum Sukan Olimpik Tokyo.
Dua perenang itu dibenarkan bersaing atas hasil pertimbangan bahawa mereka secara tidak sedar telah menelan dadah melalui makanan yang tercemar.
Isu itu sangat membayangi persiapan ke Paris 2024 dan nampaknya membawa kepada ketidakpercayaan daripada beberapa perenang.
Kedua-dua perenang Katie Ledecky dan Caeleb Dressel meluahkan rasa was-was mereka, dengan Peaty menyertai keributan pada malam terakhir aksi di kolam ketika dia memilih Qin untuk kritikan.
“Salah satu petikan kata kegemaran saya yang saya lihat kebelakangan ini ialah tiada gunanya menang jika anda tidak menang secara adil. Saya rasa awak tahu kebenaran itu dalam hati kamu semua,” kata Peaty.
Peaty juga seolah-olah merujuk dakwaan New York Times bahawa Qin mengembalikan ujian positif untuk ubat penambah prestasi yang berbeza pada 2017 – namun dia dibebaskan atas alasan pencemaran makanan pada masa itu.
Peaty berkata: “Jika anda menyentuh dan anda tahu bahawa anda menipu, anda tidak menang. Bagi saya, jika anda telah melakukannya dan anda telah ‘tercemar’ dua kali, saya fikir sebagai orang yang terhormat anda harus keluar dari sukan ini.
“Saya tidak mahu menggambarkan keseluruhan negara atau kumpulan orang dengan satu berus lukisan, saya fikir itu sangat tidak adil. Tetapi terdapat dua kes dan ia sangat mengecewakan.
“Orang Amerika sangat lantang. Kami tidak mahu terganggu dengan itu. Apa yang saya katakan dari awal ialah ia adalah penipuan. Jika anda menipu, itu adalah penipuan.”
Peaty, yang berlumba bersama Oliver Morgan, Duncan Scott dan Matt Richards, menduduki tempat keempat di luar podium tetapi menegaskan ini bukan kes koyak atau tidak dapat menerima kekalahan.
Walaupun dia tidak pasti tentang masa depannya dalam sukan itu, Peaty menegaskan setiap perenang Pasukan GB akan menjadikan kemenangan pasukan China ini sebagai motivasi untuk mereka memenangi acara mereka pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles. Namun dia merayu agar ketua anti-doping untuk berbuat lebih baik.
“Kami akan menggunakannya untuk kelebihan kami untuk empat tahun akan datang, sama ada saya berada di sana atau tidak. Saya tahu budak-budak ini akan mampu membawa cabaran ini dan kita akan lihat bagaimana mereka melakukannya dalam masa empat tahun.
“Tetapi saya fikir kepada orang yang perlu melakukan tugas mereka – bangun dan lakukan tugas anda. Saya fikir kita perlu percaya kepada sistem. Tetapi kami juga tidak. Saya fikir ia perlu lebih ketat,” tegas Adam Peaty lagi.
Adam Peaty menggambarkan bahawa dia mungkin akan bersara selepas ini. Namun dia tetap akan bersuara tentang keadilan dalam sukan.
Kenyataan Adam Peaty itu benar benar menerima banyak kritikan. Mereka melabel Adam Peaty sebagai menyebarkan kebencian kepada pasukan China, kerana tidak boleh menerima hakikat pasukan dari Asia memenangi acara tersebut.
Ada juga yang mengingatkan Adam Peaty bahawa pasukan China melalui ujian doping yang sama dengan pasukan lain. Selain itu ada juga yang mendedahkan bahawa, pasukan China adalah pasukan yang paling banyak diuji oleh agensi anti doping.
This is the headline from the Times of London today. Chinese swimmers can literally pass the exact same drug tests as everyone else and still get accused of drug taking. Sigh pic.twitter.com/p95oYHwWYt
— Nury Vittachi (@NuryVittachi) August 5, 2024
Dan kesemua atlet mereka melepasi ujian tersebut sebelum sukan Olimpik Paris 2024 bermula.
This is why they do not test American athletes that much despite having the most number of participants. pic.twitter.com/Dz6aRrDGFZ
— John Code (@Johncodemode) August 3, 2024
Ada juga yang meminta Adam Peaty berhenti menjadi ‘sore loser’ dan menerima sahaja kenyataan bahawa ada orang lain lebih baik daripada pasukan mereka.