Philadephia Union Menganjing Peminat Messi Yang Hampa Selepas Travel 2,000km

Seorang peminat kecewa selepas terbang sejauh 1,200 batu ataupun hampir 2,000km untuk menyaksikan Lionel Messi. Namun pemain itu tidak beraksi dalam perlawanan di Philadelphia.

Peminat Messi itu menjangkakan dia akan dapat menyaksikan Lionel Messi membuat debut bersama dengan Inter Miami.

Tetapi hanya mampu menunjukkan reaksi hampa kerana pemain itu sebenarnya berada di Argentina terlibat dalam aksi persahabatan amal di sana.

Peminat lelaki itu membawa satu plakad bertulis: “Saya mengembara 1,200 batu untuk menyaksikan GOAT bola sepak beaksi.”

Dia kemudian membuang plakad tersebut dengan reaksi hampa.

Twitter Philadelphia tidak melepaskan peluang menganjing peminat Messi itu.

Dan lagi:

Jadi, salah siapa?

Sebenarnya salah penyokong itu sendiri, kerana tidak membuat sedikit kajian tentang debut Lionel Messi.

Sebelum ini Inter Miami sudah memberitahu bahawa Messi boleh membuat debut pada 21 Julai dalam aksi Piala Liga menentang kelab Mexico, Cruz Azul.

Messi ketika ini masih bercuti dan ada agenda peribadi. Messi malah tidak terlibat dalam aksi persahabatan antarabangsa kedua Argentina pada minggu FIFA yang lalu menentang Indonesia.

Kerana dia diberika cuti khas bersama Angel Di Maria dan Nicolas Otamendi.

Messi masih dalam proses menguruskan isu pindah rumah ke Miami bersama keluarganya.

Dan dia sempat terlibat dalam aksi persahabatan sempena testimonial Maxi Rodriguez di kelab asal Messi, Newell’s Old Boys.

Seorang peminat berkata: “40,000 penyokong fanatik Newell menyaksikan Messi di stadium kami semalam. Kemudian datang mamat sedih ini di Philadelphia, yang sebenarnya dia dah tersilap informasi.”

Seorang lagi berkata: “Kesian juga dengan dia. Namun dia harus buat sedikit kajian. Mesti ada orang akan cakap kat dia bahawa Messi tak terlibat pun dalam perlawanan ini.”

Suwey berganda buat beliau apabila Inter Miami turut dibelasah oleh Philadelphia dengan skor 4-1.

Messi menyertai Inter Miami secara percuma selepas memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan PSG.

Messi mencari ketenangan di Amerika Syarikat bersama dengan keluarganya. Kerana menurut Messi dia sudah tidak ada apa apa lagi untuk dibuktikan dalam bola sepak.

Kemenangan Piala Dunia 2022 bersama Argentina dianggap Messi sebagai segalanya.

“Saya sudah memenangi segalanya dalam bola sepak. Tak ada satu pun tertinggal,” tegas pemenang Ballon d’Or 7 kali itu dan menjadi pemain pilihan untuk memenangi yang kelapan dalam kariernya.