Perbadanan Stadium Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan memasang skrin gergasi di Stadium Nasional Bukit Jali semasa Piala Asia 2023.
Siaran langsung melibatkan pasukan Malaysia akan ditayangkan secara langsung di skrin gergasi Stadium Nasional Bukit Jalil.
Di mana ada 3 perlawanan awal peringkat kumpulan akan ditayangkan. Aksi melibatkan Malaysia berlangsung di antara 7.30 malam dan 1.30 pagi.
Jadi semua peminat Harimau Malaya diminta hadir ke SNBJ untuk memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan Malaysia yang berjuang dalam kempen Piala Asia itu nanti.
Ini adalah kali pertama Malaysia layak ke Piala Asia secara merit sejak 42 tahun. Sebelum ini Malaysia layak ke Piala Asia pada 2007 sebagai negara penganjur bersama.
Skuad Kim Pan Gon benar benar memberikan sinar harapan baharu kepada bola sepak Malaysia. Di mana mereka terus mendaki ranking dunia FIFA. Pada kedudukan semasa, Malaysia berada di ranking ke-136.
Kim Pan Gon percaya Malaysia akan boleh menempatkan diri di kelompok 100 teratas dunia seperti mana dilakukan Vietnam.
Malaysia pastinya mahu mara ke pusingan kalah mati dalam aksi Piala Asia kali ini.
Malaysia diletakkan sekumpulan dengan Korea Selatan, Bahrain dan Jordan di dalam kumpulan E.
Bermakna bintang Malaysia seperti Arif Aiman dan juga Faisal Halim serta rakan rakan lain akan berkongsi padang dengan superstar dunia seperti Son Heung Min.
Berbalik kepada siaran langsung di skrin gergasi di Stadium Nasional Bukit Jalil, masuk adalah percuma. Dan berikut adalah jadual perlawanan yang akan disiarkan.
Saksikan debaran perlawanan Asian Cup Qatar 2023 secara langsung di dua buah skrin gergasi Stadium Nasional Bukit Jalil.
Masuk adalah PERCUMA!
Jumpa anda di sana!@hannahyeoh@AdamAdli#PSM #HarimauMalaya #AsianCup2023 pic.twitter.com/zBCvxaH6If— Stadium.Malaysia 🏟️🇲🇾 (@StadiumMalaysia) January 5, 2024