Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan bahawa, beliau meletakkan sasaran mengutip mata dalam setiap perlawanan.
Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media semalam.
Ianya adalah cabaran getir buat negara, terutama sekali Kim Pan Gon yang akan cuba melakar kejutan ke atas negaranya sendiri.
Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Januari sehingga Februari tahun depan.
Malaysia berjaya layak secara merit ke Piala Asia kali ini. Dan sedar akan cabaran yang menanti di hadapan mereka.
Qatar selaku tuan rumah diundi sekumpulan dengan China, Tajikistan dan Lebanon.
Qatar sebelum ini melantik Carlos Quieroz sebagai pengurus mereka. Dan salah satu tugasan penting pengurus legenda Portugal itu adalah Piala Asia.
Sementara Australia akan berhadapan dengan Uzbekistan, Syria dan India.
Seterusnya dalam kumpulan C pula, Iran akan berdepan dengan UAE, Hong Kong dan Palestine. Kumpulan ini dianggap agak tricky.
Dalam kumpulan D, gergasi Asia, Jepun akan berhadapan dengan cabaran Indonesia, Iraq dan Vietnam.
Kumpulan E adalah kumpulan yang menempatkan Korea Selatan selaku pasukan pilihan berdepan cabaran, Malaysia, Jordan dan Bahrain.
Sementara Arab Saudi yang cemerlang pada Piala Dunia 2022 lalu akan berdepan cabaran Thailand, Kyrgyz Republik dan Oman.
Berikut rumusan ringkas undian kali ini.
A: Qatar, China, Tajikistan, Lebanon
B: Australia, Uzbekistan, Syria, India
C: Iran, UAE, Hong Kong, Palestine
D: Japan, Indonesia, Iraq, Vietnam
E: South Korea, Malaysia, Jordan, Bahrain
F: Saudi Arabia, Thailand, Kyrgyzstan, Oman
Malaysia pastinya berharap akan dapat memberikan aksi terbaik dalam Piala Asia kali ini.
Hamidin sasar mata setiap perlawanan
Hamidin sedar akan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia di peringkat kumpulan. Di mana Malaysia diletakkan dalam kumpulan E bersama sama dengan Korea Selatan, Jordan dan Bahrain. Malaysia merupakan negara di ranking paling rendah dalam kumpulan ini.
Hamidin turut mengingatkan Malaysia agar waspada ancaman Korea Selatan yang disifatkannya bukan sahaja pasukan terbaik Asia namun berkelas dunia.
Dipetik dari sumber BERNAMA, Hamidin berkata:
“Kita perlu berhati-hati kerana pasukan di sana nanti adalah terbaik dalam Asia. Kalau kita lihat, Korea Selatan bukan sahaja terbaik di Asia tetapi mereka memiliki standard pasukan Piala Dunia.”
Justeru Hamidin berharap Malaysia berjaya meraih sekurang kurangnya 1 mata daripada setiap perlawanan. Dan menambah:
“Saya harap tidak pulang dengan tangan kosong. Bawa balik mata ke Malaysia. Kalau kita layak ke pusingan 16 terbaik, itu pencapaian yang bagus krana ia akan menaikkan ranking pasukan negara.”