Jurulatih Vietna Philippe Troussier, sudah memberikan isyarat jelas bahawa mereka mahu memastikan 3 mata daripada perlawanan menentang Indonesia.
Ini kerana 2 lagi perlawanan adalah lebih sukar. Vietam diletakkan dalam kumpulan D bersama sama dengan Jepun, Iraq dan Indonesia.
Troussier mahu menjadikan Indonesia sebagai lubuk mata untuk pasukannya. Memandangkan rekod negara itu ke atas Indonesia dalam beberapa tahun kebelakangan ini sangat baik.
Di atas kertas, ranking Vietnam jauh lebih baik daripada Indonesia yang dianggap oleh Troussier sebagai pasukan paling lemah dalam kumpulan D.
Jurulatih itu berkata: “Pada Piala Asia 2023, matlamat kami adalah untuk menamatkan setiap perlawanan dan cuba melepasi peringkat kumpulan.
“Dalam perlawanan pembukaan menentang Jepun, berdasarkan kebarangkalian, pasukan Vietnam boleh tewas sehingga 9 daripada 10 perlawanan menentang mereka. Tetapi siapa tahu, dengan kebarangkalian yang sangat kecil, pasukan Vietnam masih boleh mendapat mata.
“Saya menganggap perlawanan menentang Indonesia ini sangat penting untuk kita menang. Pada kejohanan sebelum ini (Piala Asia 2019), Vietnam layak daripada fasa kumpulan hasil satu kemenangan dan peraturan permainan yang adil. Jadi, kita perlukan tuah.
“Kemudian menentang Iraq, Vietnam mempunyai pengalaman dari segi pertemuan dan pembelajaran. Saya harap pemain melakukan yang terbaik pada Piala Asia akan datang,” katanya.
Philippe Troussier mengakui bahwa Vietnam mustahil bisa meraih kemenangan atas Jepang. Untuk itu, ia menargetkan timnas Indonesia sebagai sasaran empuk agar bisa meraih poin di Piala Asia 2023. 🇻🇳🇮🇩https://t.co/BmIiGI84l4
— SuperBall.id (@tribunSUPERBALL) January 5, 2024
Pasukan kebangsaan Vietnam akan menentang Jepun dalam perlawanan pertama Kumpulan D Piala Asia 2023, 14 Januari. Kemudian, pada aksi kedua barulah Vietnam akan bberdepan Indonesia diikuti Iraq