Indonesia memulakan kempen Piala Asia mereka dengan langkah kiri.
Iraq sebenarnya menekan Indonesia dari awal. Mereka jelas telah berjaya memberikan hari sukar kepada Indonesia.
Marselino Ferdinan melakukan kesilapan dengan kehilangan bola. Dan ianya dihukum oleh Mohamed Ali yang tidak mempersiakan peluang yang ada. Ferdinan menebus kesilapannya dengan gol penyamaan minit ke-36.
Marselino's enthralling first goal for 🇮🇩 at the #AsianCup2023 calls for an exhilarating celebration! 🤩#HayyaAsia | #IDNvIRQ pic.twitter.com/ZggmsA4ONr
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 15, 2024
Ini selepas dia menerima hantara cantik Yakob Sayuri di hadapan gol terbuka.
Gol itu telah memberikan keyakinan kepada Indonesia. Namun malangnya gawang Garudo bolos lagi pada lewat separuh masa pertama. Kal ini Osama Rashid menjaringkan gol pada masa kecederaan.
Gol tersebut dibantah Indonesia yang merasakan bahawa pemain lawan sudah ofsaid. VAR akhirnya mengesahkan gol tersebut.
Separuh masa pertama berakhir Iraq 2 Indonesia 1.
Pada permulaan separuh masa kedua, gawang Ernando bergegar selepas Amir Fouad menjaringkan gol ketiga pasukan Iraq Bagaimanapun, gol ini ditarik semula oleh VAR.
Fouad terus menjadi masalah utama Indonesia. Apabila dia hampir menjaringkan gol pada minit ke-65.
Pada minit ke-75, Iraq akhirnya memastikan mereka dua gol di hadapan. Ini selepas pemain gantian Iraq, Aymen Hussein merembat masuk.
Tiada lagi tambahan gol dibuat. Kerana Iraq kelihatan berpuas hati untuk mempertahankan jumlah gol mereka ada.
Iraq 3 Indonesia 1