Malaysia nampaknya hadir dengan keyakinan luar biasa untuk bermain high pressing berdepan Jordan yang berada di ranking ke-85 dunia.
Apa yang menarik, Jordan sangat simple dalam melepasi blok tekanan Malaysia. Mereka langsung tidak diberikan masalah menerusi sistem permainan Malaysia ini.
Jordan di hadapan menerusi gol berkelas dunia oleh Mahmoud Al Mardi. Di mana dia melakukan lencongan tak masuk akal menewaskan Syihan Hazmi pada minit ke-12.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Kumpulan E, Piala Asia 2023 | Isnin, 15 Januari 2024
β½ MALAYSIA π²πΎ ποΈ π―π΄ JORDAN
π Stadium Al Janoub, Qatar
π£ 8:30 malam ini (Waktu Qatar)
π 1:30 pagi Selasa (Waktu Malaysia)#FAM #HarimauMalaya #AsianCup2023 pic.twitter.com/rPDJvIOWjOβ FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 15, 2024
Jordan berterusan menekan Malaysia. Dan pertahanan Malaysia beberapa kali shut down dalam perlawanan ini.
Hanya beberapa minit selepas gol pertama, Malaysia memberikan penalti pula. Kali ini lazy defending Matt Davies memberikan penalti kepada lawan.
VAR menyemak sama ada berlaku ofsaid ketika proses itu. Dan penalti diberikan.
Musa Al Taamari tidak ada masalah menyempurnakan gol itu minit ke-18.
Malaysia tidak melakukan serangan yang mengancam ke gawang Jordan sepanjang 30 minit pertama.
Akhirnya Malaysia dihukum lagi minit ke-32. Juga sekali lagi menerusi Mahmoud Al Mardi minit ke-32.
Malaysia benar bermasalah dengan sistem high line. Seringkali bocor dek kerana counte pressing lawan mereka. Separuh masa pertama berakhir Jordan 3 Malaysia 0.
Keputusan itu boleh menjadi lebih buruk jika Jordan lebih tajam di hadapan gol.
Pada separuh masa kedua Malaysia cuba memperbaiki rentak permainan. Jordan pula kelihatan lebih longgar dalam intensiti mereka.
NamunΒ Jordan tetap sahaja melakukan beberapa siri lagi ancaman ke gawang Malaysia terutama sekali menerusi fast break.
Kim Pan Gon melakukan beberapa siri pertukaran terutama sekali di serangan.
Namun masih gagal memberikan impak.
Jordan malah menambah gol keempat menerusi Al Taamari sekali lagi minit ke-85. Ianya satu lagi gol yang cantik dihasilkan.
Pada masa kecederaan Jordan hampir mendapat gol kelima apabila rembatan Ali Hassan terkena tiang gol.
Tamat perlawanan Jordan 4 Malaysia 0.
Ianya permulaan yang sangat mengecewakan daripada Malaysia yang gagal menunjukkan karakter dalam perlawanan ini.