Piala Carabao: Liverpool Ke Semifinal Selepas Bantai West Ham 5-1

Liverpool telah membelasah West  Ham 5-1 dalam aksi suku akhir Carabao Cup di Anfield.

Selepas gagal mencetak sebarang gol dengan 34 percubaan menentang Man United sebelum ini, kali ini perlawanan ini dihujani dengan gol daripada The Reds.

Liverpool tampil dominan sejak minit pertama lagi. West Ham bermain agak teruk secara keseluruhannya kecuali ketika gol saguhati yang dihasilkan mereka,

Dominik Szoboszlai akhirnya kembali menemui jaring dengan gol cantik daripada whipped shot pada minit ke-28. Ianya gol yang benar benar cantik dan tipikal Szoboszlai goal kata orang la.

Ye, opta cakap 3 daripada 4 gol beliau setakat ini adalah dari luar kotak penalti.

Walaupun dominan pada separuh masa pertama, namun itulah satu satunya gol The Reds menuju ke bilik rehat.

Awal separuh masa kedua, Curtis Jones yang cemerlang sepanjang malam telah menambah 1 lagi gol untuk memberikan lebihb ruang kepada Liverpool berasa lega.

Pada minit ke-71, bintang Belanda, Cody Gakpo mencetak gol ketiga pasukannya. Kali ini kredit kepada Konate yang melakukan larian progresif dan menolak bola kepada Gakpo. Gakpo kemudian membidik dari luar kotak penalti dan masuk.

Enam minit kemudian, skuad David Moyes akhirnya mendapat on target pertama mereka menerusi Bowen dan bola terus masuk menjadikan kedudukan 3-1.

Mohamed Salah yang tampil sebagai pemain gantian, turut mencetak gol untuk menjarakkan Liverpool 3 gol di hadapan sekali lagi pada kedudukan 4-1.

Ketika West Ham sudah tidak berminat untuk meneruskan perjuangan, Liverpool menambah gol kelima menerusi Curtis Jones.

Liverpool secara keseluruhan mencatatkan 29 percubaan ke gawang lawan mereka dengan 11 percubaan tepat berbanding 2 percubaan oleh West Ham dan satu percubaan tepat sahaja.

Tamat perlawanan. Liverpool 5 West Ham 1.

Ini adalah separuh akhir Piala Liga yang ke-19 kali dalam sejarah kelab itu.