Juara bertahan, Manchester United disingkirkan daripada Piala Carabao oleh Newcastle United di peringkat 16 akhir pada edisi kali ini.
Ianya aksi ulangan final pada musim lalu. Di mana Man United menafikan Newcastle United daripada menamatkan kemarau trofi major sejak 1955.
Man United yang masih terluka dengan kekalahan di tangan Man City sebelum ini dengan skor 0-3, kini menelan satu lagi kekalahan dengan skor yang sama.
Man United dibayangi dengan berita pemain mengeluh tentang isu jersi ketat punca mereka tidak fokus atas padang terutama Onana. Dan sejak aksi menentang Spurs, ramai pemain United mulai memakai jersi replika atau bukan player issue. Kerana ianya lebih longgar.
Erik Ten Hag membuat perubahan pada kesebelasan utama beliau. Ten Hag sebelum ini mendesak United untuk memberikan respon segera di atas kekalahan pada derbi.
Newcastle menang bergaya 3-0 di Old Trafford. Dengan gol gol Magpies dijaringkan oleh Miguel Almiron dan Lewis Hall pada separuh masa pertama.
Dan satu lagi gol menerusi bekas pemain Arsenal iaitu Joe Willock pada separuh masa kedua.
Almiron sebenarnya masuk sebagai pemain gantian awal perlawanan pada minit ke-5 setelah Matt Target mengalami kecederaan.
Kedua dua pasukan memiliki percubaan gol yang hampir seimbang. Namun Newcastle sangat tajam dengan 5 percubaan tepat, 3 daripada terus menerjah gol.
Newcastle jelas berada di prestasi lebih baik berbanding United pada awal musim ini. Di mana United kini sudah menelan kekalahan kelapan mereka daripada 15 perlawanan dalam semua pertandingan. Ianya rekod terburuk kelab sejak 1962/63.
Man Utd’s start to the season:
▪️ Lose 8+ of first 15 games in a season for first time since 1962-63
▪️ Lose 5 of first 10 home games for first time since 1930-31— B/R Football (@brfootball) November 1, 2023
Erik Ten Hag akui mereka tidak cukup bagus dan meminta semua pihak untuk mengambil tanggungjawab.