Piala Dunia 2022: Aboubakar Pastikan Brazil Telan Kekalahan Pertama Di Tangan Pasukan Afrika

Sebelum ini Brazil tidak pernah mengalami sebarang kekalahan di tangan pasukan dari Afrika.

Brazil telah memenangi kesemua tujuh pertemuan sebelumnya dengan lawan Afrika di Piala Dunia, termasuk menewaskan Cameroon pada 1994 dan sekali lagi pada 2014.

Peter Druy sendiri memulakan ulasannya dengan: “Tiada dalam sejarah Piala Dunia, mana mana pasukan Afrika menewaskan pasukan gergasi Brazil.”

Namun rekod itu lebur di bumi Qatar. Ini apabila penyerang yang sudah boleh digelar legenda dalam bola sepak Cameroon, Vincent Aboubakar menjadi wira kemenangan negaranya dengan gol tunggal masa kecederaan.

Tite menggunakan kesempatan yang ada untuk membuat perubahan dalam pasukannya. Selain daripada memberikan rehat kepada beberapa pemain utama, Tite juga menilai pilihan lain yang dia boleh gunakan.

Dani Alves diberikan tempat untuk beraksi dan menjadikannya pemain paling tua beraksi untuk Brazil dalam sejarah Piala Dunia.

Tite membuat 9 pertukaran dalam perlawanan ini berbanding aksi terdahulu.

Di atas padang, Brazil jelas merindui kehilangan Neymar yang kreatif dan lincah. Brazil memiliki banyak percubaan namun mereka bergelut untuk menembusi gawang Cameroon.

Neymar disisihkan selepas mengalami kecederaan yang dia dapat ketika berdepan Serbia. Namun Tite optimis pemain itu masih akan beraksi dalam aksi kalah mati.

Walaupun agak bergelut di serangan, namun Tite pasti gembira dengan prestasi Gabriel Martinelli.

Pemain itu sekurang kurangnya 2 kali hampir menembusi gawang Cameroon.

Selepas terikat sepanjang 90 minit, pada masa kecederaan sebelum tamat, Vincent Aboubakar akhirnya memecahkan kebuntuan. Di mana pemain itu menjaringkan gol pada minit ke-90+2.

Dia meraikan gol dengan menanggalkan jersinya. Keraian itu membuatkannya dibuang padang. Kerana kesalahan itu adalah kesalahan kad kuning. Pemain itu sebelum ini sudah memiliki 1 kad kuning.

Aboubakar menerima kad merah itu dengan terbuka malah dia bersalaman dengan pengadil selepas itu. Kerana dia merasakan adalah berbaloi menerima kad merah dengan keraian gol bersejarah ke atas Brazil.

Aboubakar juga menjadi pemain pertama menembusi gawang Brazil dalam Piala Dunia 2022.

Ini adalah kekalahan pertama Brazil dalam edisi Piala Dunia 2022. Selaku pasukan pilihan, juara lima kali itu pastinya lega kerana perlawanan ini sudah tidak menentukan apa apa untuk mereka dengan gol lewat tersebut.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Baca yang lain