Penyokong Indonesia bangga sekali dengan pencapaian skuad B-17 mereka apabila berjaya mengikat Ecuador pada aksi pembukaan mereka dalam aksi Kumpulan A yang diadakan di Stadium Gelora Bung Tomo, semalam
Ecuador seperti dijangka akan mendominasi perlawanan dengan 16 percubaan ke gawang Indonesia. Skuad Idonesia yang hanya melakukan dua percubaan tepat sasaran mampu menjaringkan gol pertama pada minit ke-22 menerusi Arkhan Kaka Purwanto. Enam minit kemudian Allen Obando menyamakan kedudukan.
Kedua dua pasukan kini berkongsi mata di kedudukan kedua dan ketiga. Pendahulu kumpulan kini adalah Maghribi dengan tiga mata selepas menewaskan Panama 2-0.
Ecuador hampir mencetak gol awal menerusi kapten Ecuador Michael Bermudez yang melepaskan rembatan dari luar kotak penalti. Bola ditepis oleh Ikram Al Giffari.
Tidak lama selepas itu, pertahanan Indonesia diancam dengan serangan sekali lagi. Kali ini Keny Aroyo cuba melakukan percubaan masuk yang turut dihalang.
Ecuador lebih menguasai perlawanan untuk lima minit pertama dengan jarang sekali Indonesia berjaya sampai ke kotak penalti mereka.
Indonesia mencipta peluang pertama pada minit kesembilan daripada Jehan Pahlevi dan Kafiatur Rizky namun percubaan liar.
Pada minit ke-16, Figo Dennis berpeluang menjaringkan gol, namun rembatannya tidak menepati sasaran.
Kejutan berlaku pada minit ke-22 apabila tuan rumah mendahului menerusi gol Arkhan Kaka Purwanto. Bermula dari serangan dari sebelah kiri, bola terus dihantar ke hadapan gawang yang disambar oleh Kaka.
Loor gagal mencapai dan Arkhan mudah menjaringkan bola untuk membolehkan Indonesia mendahului 1-0. Menjadikan Kaka sebagai pemain Indonesia pertama menjaringkan gol pada pentas pusingan akhir Piala Dunia FIFA B-17.
Gol perdana Timnas Indonesia di Piala Dunia U-17 2023 diciptakan oleh Arkhan Kaka pada menit ke-22 ⚽#KitaGaruda #BersamaGaruda #GarudaMendunia #U17WC #InspiringStars pic.twitter.com/bU8Xl8Nw1w
— Timnas Indonesia (@TimnasIndonesia) November 10, 2023
Pencetak gol pertama Indonesia di Piala Dunia, inilah dia Arkhan Kaka 👏🏻
Berlangganan Piala Dunia U17 2023 di Vidio cuma Rp39 ribu 👍#SportsTerlengkapAdaDiVidio #FIFAU17WorldCupVidio #IndonesiaSukses #U17WC #TimnasDay pic.twitter.com/grZpcYhxA5
— PanditFootball.com (@panditfootball) November 10, 2023
Namun kegembiraan tuan rumah tak lama, kerana Ecuador menyamakan kedudukan 1-1 enam minit kemudian menerusi Allen Obando.
Gawang Indonesia bolos lagi pada minit ke-44 selepas Jair Collahuazo menjaringkan bola dari jarak dekat dalam keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti. Ikram menepisnya tetapi ia masuk ke dalam jaring.
Keraian gol Ecuador hanya berlangsung seketika selepas gol itu dibatalkan oleh VAR, kerana Collahuazo sudah pun berada di kedudukan ofsaid. Separuh masa pertama berakhir 1-1.
Pada separuh masa kedua, Ecuador menggandakan asakan mereka. Pada minit ke-54, Obando menanduk hantaran lintang daripada rakannya tetapi tersasar. Seterusnya, Michael Bermudez cuba melakukan susulan, juga gagal.
Ecuador bergelut untuk menembusi gawang Indonesia. Kekentalan pertahanan dan penjaga gol Garuda Muda membuatkan Ecuador gagal meraih mata penuh.
https://youtu.be/sOW0uFYuOd4
Tamat perlawanan Indonesia 1 Ecuador 1. Presiden Indonesia, Joko Widodo akui dia berbangga dengan pencapaian anak anak muda Indonesia yang berjuang bermati matian untuk mengikat pasukan dari Amerika Selatan itu.
Rata rata peminat memuji prestasi dan semangat juang pemain pemain Indonesia dalam perlawanan ini. Mereka juga berterima kasih kepada Erick Thohir yang banyak mengubah wajah bola sepak Indonesia.
Overall good. Skill ga kalah, cuma emang taktik dan teknis masi kurang. Salah passing ya masi jadi pr. Daya juang dan main lepas, hasil imbang cukup memuaskan. Semngat garuda muda.
— Ivan Tamboen (@ITamboen1) November 10, 2023