Dalam aksi Piala Dunia B-17 di Indonesia, pasukan pilihan Brazil telah menepati ramalan akan menang mudah ke atas New Caledonia.
Brazil menang 9-0 dalam aksi kedua kumpulan C tersebut. Kemenangan itu sangat penting menjelang aksi ketiga mereka menentang England pada aksi terakhir peringkat kumpulan.
Memandangkan Brazil sebelum ini dikejutkan Iran pada aksi pembukaan. Brazil kalah 2-3 pada masa itu.
Berdepan New Caledonia, Brazil tidak melakukan kesilapan yang sama seperti sebelum ini. Mereka beraksi dengan lebih tajam dan lebih kejam.
Brazil datang setiap minit ke kawasan gawang gol
Kemudian ada satu perkara menarik perhatian peminat adalah, Brazil melakukan 81 percubaan ke gawang New Caledonia pada aksi berlangsung di Stadium Antarabangsa Jakarta.
Bermaksud mereka melakukan hampir 1 percubaan setiap seminit atapun 0.9 percubaan per minit.
Kaua Elias mencetak hatrik pada perlawanan ini. Sementara enam lagi gol lain menerusi Rayan dengan 2 gol, Estevao Willian, Luighi Santos, Victor Reis dan Joao Victor De Souza Cunha masing masing dengan 1 gol.
Peminat benar benar tidak percaya dengan statistik tersebut. Daripada 81 percubaan yang dilancarkan, 23 adalah percubaan tepat ke gawang, dengan 9 gol masuk.
Brazil's U17 squad attempted 81 SHOTS on New Caledonia at the World Cup this morning 😅
They went on to win the match 9-0 🇧🇷 pic.twitter.com/htZ2sCaPoI
— ESPN FC (@ESPNFC) November 14, 2023
Dari segi penguasaan bola Brazil B-17 menguasai 78% perlawanan. Sementara New Caledonia cuma 22% sahaja dan kebanyakannya menerusi sepak mula di tengah padang.
Itu sudah cukup menggambarkan betapa perlawanan ini benar benar berat sebelah dikuasai oleh Brazil.
Kekalahan mengejut di tangan Iran pada aksi pembukaan benar benar membuatkan Brazil mengamuk pada aksi kedua mereka. Dan New Caledonia menjadi mangsa mereka.
Separuh masa pertama saja sudah ada 47 percubaan dilakukan oleh Brazil.
After losing to Iran in their opening game at this FIFA U-17 World Cup, Brazil have decided to take out their frustrations on poor New Caledonia.
This is from one half of football. 47 shots. pic.twitter.com/R8wJnRgCWR
— SCOUTED (@scoutedftbl) November 14, 2023
Sebagai perbandingan, Man City pernah melakukan percubaan terbanyak dalam 1 perlawanan EPL dengan 44 percubaan ke arah gol yang dianggap tanpa henti. Bayangkan separuh masa pertama sahaja Brazil melakukan 47 percubaan.
Keeping the New Caledonia goalkeeper busy!
Brazil had 81 shots in their Under 17 World Cup group game against New Caledonia, 23 of which were on target.
The most shots ever recorded in a Premier League game is 44. pic.twitter.com/8CyuMJo1PD
— Match of the Day (@BBCMOTD) November 14, 2023