Piala Dunia B-20: Indonesia Dibatalkan Hak Penganjuran Dan Bakal Dikenakan Sekatan Lain Oleh FIFA

FIFA secara rasminya melucutkan hak penganjuran Piala Dunia B-20 daripada Indonesia. Ianya selepas berlaku konflik tentang polisi negara tersebut ke atas Israel.

Israel mara ke Piala Dunia B-20 buat pertama kali dalam sejarah. Dan ironinya, penganjur untuk Piala Dunia B-20 yang diadakan pada tahun ini adalah Indonesia.

Indonesia merupakan negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sebagai sokongan kepada Palestine.

Sebelum ini undian Piala Dunia B-20 telah ditangguhkan seketika kerana terdapat bantahan daripada Gabenor Bali, Wayan Koster yang tidak mahu menerima kehadiran Israel.

Indonesia kemudian dilaporkan gagal meyakinkan FIFA bahawa mereka akan dapat memberikan jaminan keselamatan ke atas Israel sepanjang kejohanan itu.

Dengan FIFA juga dikatakan melihat rekod Indonesia dari segi kes keganasan penyokong yang beberapa kali berlaku dalam beberapa tahun ini termasuk tragedi Kanjuruhan.

PSSI juga diminta oleh rakyat Indonesia untuk mencadangkan kepada FIFA agar Israel bermain di luar Indonesia. Dengan nama Singapura disebut sebagai venue pilihan.

Exco PSSI, Arya Sinulingga menganggap cadangan itu sebagai tidak logik, memandangkan Singapura tidak beraksi dalam kejohanan itu dan tidak ada keperluan untuk melakukannya.

FIFA sudah memberikan amaran kepada Indonesia, bahawa mereka boleh dikenakan tindakan termasuk hilang hak penganjuran Piala Dunia B-20.

Ketua Umum PSSI, Erick Thohir menyatakan dia sedaya upaya cuba memastikan bahawa Piala Dunia B-20 akan tetap diadakan di Indonesia. Selepas negara tersebut banyak berbelanja dalam persiapan menjadi tuan rumah.

FIFA dan PSSI akhirnya cuba mencari solusi dan berbincang. Yang membawa kepada pembatalan hak penganjuran Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20.

FIFA menganggap Indonesia telah mencampur adukkan politik dengan bola sepak. Sambil merujuk kepada insiden keganasan penyokong yang menyebabkan beratus penyokong meninggal dunia.

FIFA juga mempertimbangkan untuk mengenakan tindakan sekatan ke atas Indonesia.

FIFA dalam kenyataan rasminya berkata:

“Berikutan pertemuan hari ini antara Presiden FIFA Gianni Infantino dan Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) Erick Thohir, FIFA telah memutuskan, berdasarkan keadaan semasa, untuk mengeluarkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia U-20 FIFA 2023.”

“Tuan rumah baharu akan diumumkan secepat mungkin, dengan tarikh kejohanan pada masa ini kekal tidak berubah. Potensi sekatan terhadap PSSI juga mungkin diputuskan pada peringkat seterusnya.”

“FIFA ingin menggariskan bahawa di sebalik keputusan ini, ia tetap komited untuk aktif membantu PSSI, dengan kerjasama erat dan dengan sokongan kerajaan Presiden Widodo, dalam proses transformasi bola sepak Indonesia berikutan tragedi yang berlaku pada Oktober 2022.”

“Ahli daripada pasukan FIFA akan terus hadir di Indonesia dalam beberapa bulan akan datang dan akan memberikan bantuan yang diperlukan kepada PSSI, di bawah pimpinan Presiden Thohir.”

“Pertemuan baharu antara Presiden FIFA dan Presiden PSSI untuk perbincangan lanjut akan dijadualkan tidak lama lagi.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di